Header Ads

"Doakan keselamatan & kesihatan kami ya!" - Hanis Zalikha Cemas Bayi Dalam Kandungan Tak Bergerak


Isteri kepada pelakon Hairul Azreen, Hanis Zalikha berkongsi detik cemas di laman Instagram bayi dalam kandungannya tidak bergerak dan menunjukkan tiada respon pada hari kedua berpuasa.

Menurut Hanis atau nama penuhnya Hanis Zalikha binti Rashid, 29, bayinya kembali menendang dengan kuar selepas dia berbuka puasa awal demi kandungannya itu dari waktu berbuka yang sepatutnya. 

Lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu diam



"Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diammm je".





View this post on Instagram

Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diammm je. Baby yang kali ni dahlah sangat responsive, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang. Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia taknak respon. Omg nervous. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua (kemain Maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila. Aigo, Daddy dia pun kata “ala kesian, ngadu dekat Daddy ya”. Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan. Jaga kiraan tendangan je sekarang. Kita tau time2 baby kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan interval yang tepat sama setiap orang. Ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita. Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya! So untuk kes-kes ibu seperti kita, swipe left untuk sumber dari zakat.com.my tentang fidyah & qada.
A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on


Hanis juga menjelaskan kandungan yang kedua ini selepas anak pertama iaitu Yusuf Iskandar yang kini berusia dua tahun, menyatakan bahawa kandungan kali ini sangat aktif dan sering memberi respon dengan menendang atau meletakkan tangan seperti high five.


Terpaksa buka puasa awal



Tetapi lain pula kandungan kali ini dan mencetuskan rasa cemas buat Hanis dan suami. 

"Omg nervous. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua (kemain Maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila."

Nasihat doktor kepada Hanis



Dalam pada itu, doktor berkongsi nasihat doktor kepadanya termasuklah penerangan bahawa segelintir wanita hamil sangat sensitif ketika mereka berpuasa kerana ada kes kekurangan air ketuban.

Nasihat doktor agar Hanis menjaga kandungan dengan mengira tendangan bayi dalam kandungan selepas ini.

"Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan."

Pesan Hanis



"Jaga kiraan tendangan je sekarang. Kita tau time2 baby kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan interval yang tepat sama setiap orang. Ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita. Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya!"

Hanis dan Hairul Azreen yang mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 meminta agar pengikutnya di Instagram mendoakan keselamatan dan kesihatan Hanis dan juga kandungan.

Sumber : Instagram Hanis Zalikha 

No comments

Powered by Blogger.
a