Header Ads

Gelaran "Dato' Seri" & "Datin Paduka Seri" Pada Najib & Rosmah Telah Digantung


Tular di media sosial kenyataan media penggantungan dan penarikan balik Keahlian Darjah Kebesaran Negeri Selangor pada 3 individu. Penggantungan keahlian Darjah Kebesaran Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak yang membawa gelaran Dato' Seri dikurniakan pada tahun 2004 dan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa gelaran Dato' dikurniakan pada tahun 1992. 
Penggantungan gelaran adalah kerana beliau telah didakwa di Mahkamah atas beberapa pertuduhan yang melibatkan kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.
Selain itu, Datin Seri Rosmah juga digantung Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor, kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di negeri itu.
Seorang lagi individu iaitu Encik Zulkifli bin Shariff, bekas Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Syarikat NGV Tech Sdn Bhd yang membawa gelaran Dato' selepas dikurniakan keahlian Darjah Kebesaran, telah ditarik balik dan dibatalkan.
Semua penggantungan berkuatkuasa bermula 6 Mei 2019 sehingga kes perbicaraan dan rayuan yang melibatkan bekas Perdana Menteri dan Isteri selesai di Mahkamah.
Menurut sumber :
KENYATAAN MEDIA
10 Mei 2019
*PENGGANTUNGAN DAN PENARIKAN BALIK KEAHLIAN DARJAH KEBESARAN NEGERI SELANGOR*

Berikut dilampirkan Kenyataan Media daripada YB Dato' Mohd Amin Bin Ahmad Ahya, Setiausaha Kerajaan Selangor Merangkap Pendaftar Darjah Kebesaran Negeri Selangor berhubung Penggantungan Dan Penarikan Balik Keahlian Darjah Kebesaran Negeri Selangor





No comments

Powered by Blogger.
a