Header Ads

"Kalau Sayangkan Rahim Tu, Jangan Buat 8 Benda Ni" - Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kena Cyst 3 Kali


Penyakit yang sering menyerang kaum wanita tak kira peringkat umur seperti yang kita selalu dengar adalah cyst. Cyst adalah sejenis ketumbuhan dalam ovari wanita yang mengandungi cecair di dalamnya. Cecair yang di maksudkan sama ada cecair bercampur protein, darah beku, darah haid, minyak, lemak ataupun lendir dalam badan wanita.

Gambar Hiasa. (Kredit : www.barcroft.tv)

Tambahan pula, cyst hanya boleh dikesan sekiranya seseorang itu melakukan pemeriksaan ultrasound kerana kehadiran cyst tidak memberikan sebarang simptom tertentu.

Antara tanda-tanda seseorang wanita yang menghidap cyst adalah sakit di bawah abdomen, rasa kembung abdomen, sakit pada payudara, rasa letih, masalah ketidaksuburan dan sakit kepala.

Melalui satu posting di laman Facebook, seorang wanita bernama Hariza Azmi berkongsi pengalaman mempunyai ketumbuhan cyst dalam rahim sebanyak tiga kali.

Baca perkongsian penuh di bawah :

"Tiga tahun lepas, aku operate buang cyst"

Selepas setahun, cyst tumbuh balik. So, buat checkup enam bulan sekali. Tupp aku stop pergi checkup, kononnya sihatlah. 

Okey, petang tadi buat checkup setelah sekian lama tak bertemu dengan ultrasound. Okey, ini hasilnya girls. Sembang punya sembang dengan doktor, macam kita sembang dengan kawan. 

Okey girls, dengar nasihat aku ini. Korang tak nak dengar, terpulanglah. Kalau sayangkan rahim tu, sila baca dan hadam. 
1. Jangan makan apa-apa suppliment termasuk pil putih, pil kecut jerawat dan apa-apa jenis suppliment. Never girls! Dalam badan kita dah ada estrogen (rasanya macam aku dengar estrogen). Makan lagi suppliment akan menambahkan estrogen dan boleh mengaktifkan hormon. Ingat, cyst ini asalnya dari hormon. 
2. Jangan minum soya, nasib baik aku bukan peminat soya. 

3. Kurangkan makan ayam kerana kebanyakan ayam ada cucuk estrogen itu. Itu doktor yang beritahu, bukan aku. 

4. Banyakkan makan ikan dan sayur, kecuali ikan parang. 




5. Amalkan pemakanan yang sihat.
6. NO FAST FOOD.


7. NO makanan dalam tin seperti tuna, sardin, dan lain-lain.

8. NO STRESS.

Tolong buat check-up sekurang-kurangnya enam bulan sekali
Wanita ini juga berkongsi paparan scan secara ultrasound di rahimnya untuk dikongsikan kepada pengikutnya di Facebook. 

Jangan kau berani beri alasan, "Alaaa malu laa. Kalau kena dengan doktor lelaki macam mana?". Aku jawab, "Abah kau! Malu konon.". 


Dah memang realiti doktor OnG ini banyak lelaki, terima sajalah. Aku dari dulu doktor lelaki yang periksa. Kau ingat tak malu? Tapi nak buat macam mana? Saya redha sajalah. Nasib tadi doktor perempuan yang check.
Tak payah berangan nak makan ubat kurus, ubat cantik bagai hatta ada kelulusan KKM sekalipun. Mudah sungguh orang kita percaya dengan benda itu, entah betul ke tidak. Ingat girls. Jangan menyesal. Bye roger dulu. 
Sumber : Facebook Hariza Azmi

No comments

Powered by Blogger.
a