Header Ads

‘Kita Nak Bina Masjid, Bukan Taj Mahal’ – Wanita Ini Kongsi 'Tips' Kahwin Guna Bajet Rendah Je



Bagi pasangan yang sudah lama bercinta pasti mengimpikan untuk mendirikan rumah tangga dengan orang yang dicintai. Namun, tidaklah semudah itu atas sebab kekangan kewangan. Ramai yang berpendapat perlu mempunyai ekonomi yang betul-betul stabil, kemudian baru boleh mendirikan rumah tangga. Ternyata semua itu salah kerana membina mahligai perkahwinan bukanlah seperti membina taj mahal seperti yang dikatakan oleh saudari ini.

Perkongsian dari saudari di laman Facebook tentang tips perkahwinan bajet mendapat perhatian ramai sehingga 3.2 ribu shares. Status yang dimuat naik itu memberi inspirasi buat semua yang membaca. kerana mencipta perkahwinan yang sangat ringkas dengn kos tidak melebihi RM500. Berkahwin niat kerana nak membina masjid,bukanlah nak bina Taj Mahal ye.


Cincin guna cincin bertunang dulu



Tiada pelamin. Tiada malam berinai. Tiada sesi photography. Tiada sewa baju yang mahal mahal, beli di Sri Petaling sahaja. Tiada andaman untuk make up pun.
Hadiah hantaran hanya dibeli di kedai Eco Rm2. Al Quran, telekung dan Kitab Fadhilat Amal semua tu guna yang dah beli lama dah, cincin pula guna cincin bertunang dulu. Mas kahwin RM22.50 sahaja tapi dia beri lebih Rm200. Rasanya semua tu tak sampai Rm500 pun.

Ingat, kita nak bina masjid, bukan nak bina Taj Mahal

Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Saya boleh sahaja nak demand minta duit hantaran 10k atau 15k tapi mahar yang rendah akan memudahkan sunnah.
Ada juga mulut mulut yang merendahkan suami saya beberapa hari sebelum pernikahan saya, pakai kereta macam besi buruk, selekeh, tak berharta, gaji murah yelah sebab ajar orang mengaji je pun, ada masa jadi bilal/imam di masjid. Saya tak peduli pun semua tu, saya pilih dia sebab Al Quran bukan kerana harta dan rupa. Bab rezeki tu Allah dah janjikan pada setiap yang mendirikan masjid.
Pernikahan yang paling barokah adalah pernikahan yang paling rendah maharnya. Sepertimana zaman Rasulullah dan para sahabat cinta hingga ke syurga. Ingat, kita nak bina masjid, bukan nak bina Taj Mahal.

Masih ada Melayu yang ikut sunnah


Sumber : Facebook Nur Ami Roslee

1 comment:

  1. The house edge is 5.26%, meaning for each $100 that you wager, have the ability to|you presumably can} expect to get $94.seventy four back. American Roulette is the most common model of the game in U.S. on-line casinos. To place 파라오카지노 a wager in an online roulette recreation, first click the denomination chip you’d prefer to threat, then navigate to the desk to select out} your desired wager. When you’re prepared, click the “spin” button and the supplier will spin the ball around the wheel. After the ball drops right into a slot, you will both be paid for any profitable bets, or have your wager collected when you miss.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.
a