Header Ads

"Layanan macam BANGLA!" - Pemuda Bongkar Gaji Staf POS Malaysia Tak Sampai RM2,000 Walaupun Dah Kerja Lebih 22 Tahun!



Pekerja yang berhempas pulas dan bertahun-tahun setia berkhidmat dengan sesebuah syarikat adalah perkara biasa kita dengar. Menjadi diluar kebiasaaan apabila kakitangan yang sudah berkhidmat lama , namun tidak diberikan imbuhan atau bonus sebagai tanda penghargaan untuk mengenang jasa pekerja oleh pihak atasan. 

Seperti status yang dimuat naik oleh saudara Hakimi Mohd, dia berkongsi pengalaman sembang dengan seorang kakitangan Pos Malaysia (Posmen) apabila dia berkhidmat lebih daripada 22 tahun tetapi gaji bulannya tidak boleh terima akal serta mengharapkan post ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa kerajaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya demi keadilan 'orang lama' dalam syarikat Pos Malaysia.

Mengikut peredaran zaman, kini zaman serba atas talian termasuklah shopping online. Jadi, peranan kakitangan posmen adalah sangat penting untuk memenuhi hasrat pembeli mendapatkan barang yang dipesan dari setiap pelusuk negeri. Hujan, panas atau ribut sekalipun, kerja posmen tetap perlu menghantar bungkusan pesanan hingga ke depan pintu rumah pelanggan.

Pernah kita terfikir basah kuyup bajunya ketika dalam perjalanan? Kemalangan ketika dalam perjalanan hantar barang sedangkan kesalahan dilakukan oleh orang lain? Meredah banjir mahupun panas terik?





Layan kakitangan macam pekerja Bangla

Saudara Hakimi Mohd memberitahu bahawa dia berbual dengan kakitangan tersebut tentang perkhidmatan sepanjang berkhidmat di Posmalaysia dan layanan yang diterima seakan-akan pekerja Bangla.


"Saya sempat bersembang dengan seorang kakitangan Posmalaysia (Posmen) apabila dia berkhidmat lebih daripada 22tahun.
Apa yang saya sedih apa bila syarikat yang besar dan ternama melayan kaki tangan seolah2 macam pekerja BANGLA!"






22 tahun berkhidmat basic tak sampai RM2,000


Meskipun posmen tersebut sudah berkhidmat 22 tahun, namun gaji kasar yang diperoleh adalah sangat tidak memuaskan menurutnya iaitu tidak mencecah RM2,000.

"Bayangkan 22tahun perkhidmatan beliau ni yang banyak memberi faedah kepada sesebuah syarikat? Tak akan selama lebih 22tahun basic tak sampai 2k???"







Mana hati perut pihak atasan?

Dalam perbualan mereka juga, Hakimi merasakan ketidakadilan pihak atasan terhadap pekerja bawahan kerana langsung tidak memberi penghargaan berupa bonus. Dia juga menambah, ada beberapa sumber yang mengatakan bonus yang diperoleh oleh kakitangan pos Malaysia semakin menurun.

"Memang kakitangan banyak berhutang. Sebab nak tanggung anak bini nak bagi tempat berteduh.Bukan kira tak bersyukur macam tak adil pihak atasan senang-senang BONUS 4 / 5 bulan basic sampai beribu2 yang serahan?? Ada yang tak dapat, malah kene buat pinjaman lagi. Mana hati perot pihak atasan macam ni??"

"Dengar cerita setiap tahun BONUS semakin menurun berbanding tahun sebelumnya. Tahun ni adalah tahun paling mencabar apabila dikhabar kan POS MALAYSIA kerugian berjuta ringgit."

Kepada Kerajaan Malaysia sila pantau syarikat pos malaysia sekiranya ada isu yang tidak diingini.

Kementerian Komunikasi Dan Multimedia

No comments

Powered by Blogger.
a