Header Ads

Mangga 'Harum Manis' Mampu Langsingkan Tubuh Badan, Kawal Berat Badan – Kajian


Harum manis sudah menjadi sebutan seluruh rakyat Malaysia apabila sekarang merupakan musim buah mangga harum manis di negeri Perlis. 
Aromanya yang harum dan rasanya yang lemak manis serta isi dalamnya tebal kekuningan adalah sangat sedang dimakan dengan pulut sebagai salah satu hidangan tradisi.
Ramai yang suka makan buah mangga harum manis tetapi tidak semua orang tahu apa kebaikan buah ini. Melalui kajian dari Public Health Malaysia(PHM), buah ini mendatang kebaikan kepada para wanita dari segi kecantikan. Maklumat terbaru dari PHM, tahukah anda buah harum manis ini mampu untuk melangsingkan tubuh badan badan.
Ini buktinya yang membuatkan anda terkejut bila membacanya.
  • Satu kajian terbaru menunjukkan, buah mangga berpotensi untuk dijadikan bahan untuk mengawal berat badan dengan menyekat perkembangan sel lemak.
  • Kajian yang berbeza menunjukkan kulit buah mangga boleh menyekat pembentukan tisu lemak, sama seperti fungsi anti oksidan resveratol.
  • Buah-buahan manis seperti mangga boleh mempunyai banyak gula. Tetapi gula buahnya berbeza daripada gula yang diproses kerana ia diseimbangkan oleh serat dan pelbagai nutrien untuk badan.
  • Buah-buahan manis seperti mangga juga merupakan alternatif yang BAIK untuk makanan ringan dan makanan segera yang sememangnya TIDAK SIHAT
Nak langsing bukan sekadar makan mangga ya, tiada jalan pintas. Perlu amalkan gaya hidup sihat secara keseluruhan.
KHASIAT LAIN MANGGA

Vitamin A
  • Mangga kaya dengan vitamin A. Vitamin ini mempunyai banyak fungsi penting dalam tubuh, terutamanya untuk mata dan kulit. Ia juga meningkatkan kesihatan tulang anda, serta sistem pembiakan dan sistem imun.
Vitamin C
  • Mangga adalah salah satu sumber makanan tertinggi vitamin C. Vitamin ini penting untuk sistem imun anda.
Melancarkan pencernaan
  • Penggunaan mangga telah menunjukkan hasil yang mengagumkan pada orang yang mengalami sembelit kronik.
PENTING!!
KESEDERHANAAN ANDALAH KUNCI
Pastikan pengambilan anda TIDAK melebihi 2 cawan sehari.
Sekiranya anda menghidap kencing manis atau keadaan kesihatan lain yang membuat anda sensitif terhadap buah atau gula, berbincang dengan doktor anda tentang apa yang sesuai untuk anda. Kajian manfaat buah mempelam masih di peringkat awal dan memerlukan lebih banyak kajian yang lebih kukuh.
Sumber : Facebook Public Health Malaysia 

No comments

Powered by Blogger.
a