Header Ads

"Subhanallah,You're Amazing Brother!" - Tukang Sapu Tolak Ganjaran Duit, Cuma Nak Permintaan Simple Tapi 'Special' Depan Kaabah




Tular di laman sosial semalam sehingga kini mendapat 18,000 retweet, seorang pengguna Twitter memuat naik kisah seorang tukang sapu 'terpilih' di Masjidil Haram yang sangat menyentuh hati ramai.

Hijr Ismail terletak di sebelah utara Ka’bah, bentuknya setengah lingkaran. Hijr Ismail dibangun Nabi Ibrahim sebagai tempat berteduh sewaktu membangun Ka’bah. Awalnya, Hijr Ismail termasuk dalam bagian Ka’bah. Sebab kekurangan dana, mereka mengurangi bangunan Ka’bah. 
Hijr Ismail ini menjadi salah satu tempat tumpuan jamaah haji kunjungi sehingga berebut-rebut, bersesak-sesak dan dikerumuni tanpa mengira waktu dan lokasi ini adalah salah satu tempat mustajab untuk berdoa seterusnya dianjurkan untuk menunaikan solat sunat. Tidak semua jemaah/orang berpeluang untuk masuk ke dalam kawasan Hijr Ismail tersebut. Boleh dikatakan insan terpilih amat dimudahkan 'laluan' untuk berpeluang berdoa dan solat sunat di dalam kawasan Hijr Ismail itu. Subhanallah!

Tolak ganjaran duit
Betapa istimewanya tukang sapu Masjidil Haram yang diceritakan oleh pengguna Twitter sehingga viral itu terpilih sebagai tukang cuci paling rajin di sana. Bukan itu sahaja, dia diberi ganjaran berbentuk wang tunai sebagai bonus namun dia tolak dan memilih untuk masuk ke dalam kawasan Hijr Ismail. Allahuakbar!
Beliau yang berasal dari Pakistan itu lebih memilih untuk diberikan kesempatan bagi memasuki Hijr Ismail dan permintaannya itu telah ditunaikan oleh pihak pengurusan Masjidil Haram.
Bukan sahaja dibenarkan masuk, malah kawasan Hijr Ismail ini telah ditutup dan diawasi oleh penjaga Kaabah. Ketika itu Hijr Ismail dikhaskan untuk beliau seorang sahaja bagi membolehkannya beribadah dan berdoa bersendirian. Subhanallah!

Bagi sesiapa yang pernah jejakkan kaki ke Makkah menunaikan umrah mahupun haji, pasti tahu bagaimana situasi 'jihad' untuk berada dalam kawasan Hijr Ismail itu. 


Kaabah. (Gambar hiasan)
Rata-rata netizen sangat kagum dengan tukang sapu ini kerana dia membuka mata ramai orang bahawa ada lagi perkara yang lebih bernilai daripada wang ringgit. 



Sumber : Kaykhusraw ‏


No comments

Powered by Blogger.
a