Header Ads

Tak Perlu 'Oven' & 'Mixer', Ini Resepi Biskut Cornflakes Susu Cair Di Mulut!


Hari Raya bakal tiba dan ramai sekarang sudah sibuk mencari baju dan kuih raya. Bila kita sebut tentang kuih raya pasti ada biskut raya untuk dimakan sempena hari Raya dan dihidangkan untuk tetamu. Asyik beli kuih tunjuk pun bosan juga. Anda sebenarnya ada pelbagai resepi yang boleh dibuat sendiri di rumah, yang pasti resepi ini sangat mudah dan hasilnya pun puas hati!


Ada banyak jenis kuih raya. Ada yang leceh dan rumit kerana perlu menggunakan oven, tapi resepi yang min nak kongsikan dengan anda adalah resepi mudah je sebab tak perlu oven pun!

Resepi daripada Siti Nailah AlFarafisha Roslan ini membuatkan ramai orang ingin mencubanya.


Bahan-bahan:

4 cawan tepung gandum
1 cwn minyak sapi + 1 sdb lg
1 cwn gula kastor
2 cwn cornflakes di ramas
Susu tepung secukupnya untuk salut

Cara membuatnya:




1. Pertama sekali, panaskan minyak sapi hingga cair dan ketepikan dalam sebuah bekas.
2. Kemudian, sangai (goreng tanpa minyak) tepung gandum lebih kurang 5 minit macam tu. Bila tepung jadi ringan tu maknanya dah boleh angkat.

3. Tak perlu tunggu tepung tu sejuk, boleh campur terus dengan gula kastor dan cornflakes. Gaulkan semua bahan kering hingga sebati.


4. Seterusnya kita masukkan minyak sapi yang dah dicairkan awal-awal tadi. Gaulkan hingga sebati.


5. Sekarang dah bolehlah bentukkan adunan tadi jadi bulat-bulat.



6. Akhir sekali, salutkan terus dengan susu tepung. Dah siap boleh terus simpan dalam balang.



Untuk sukatan di atas ni dapatlah lebih kurang 2 balang kecil. Senang sahaja nak buat kuih raya sebenarnya. Tak perlu nak mencari-cari oven atau mixer. Selamat mencuba!

Sumber :  Siti Nailah AlFarafisha Roslan 

No comments

Powered by Blogger.
a