Header Ads

(VIDEO) 'Puding Kastard Berkuah Koktail Sejuk Ditekak' Minuman Pilihan Juadah Berbuka Puasa


Menjelang bulan Ramadan pasti bermain-main di minda memikirkan juadah untuk berbuka puasa. Makanan boleh dibeli di Bazar atau dimasak sahaja di rumah mengikut citarasa masing-masing. Tetapi, minuman pasti sedap dan puas hati jika dibuat sendiri dari rumah. Boleh jimat juga tau. 

Cadangan minuman berbuka puasa anda pada hari ini adalah Kastard Berbuah Koktel oleh i cook asia tular di laman sosial dan mendapat 27,000 perkongsian daripada pengguna Facebook. 

Resepi 'Puding Kastard Berkuah Koktail 

Nampak sangat menyelerakan!


Bahan-bahan untuk membuat puding custard :
1 cawan Tepung Kastard
5 cawan Air Masak
1 tin Susu Cair, 1/2 cawan Gula Pasir
1 sudu kecil Garam Bahan-bahan untuk kuah cocktail pula
1 tin Buah-Buahan Dalam Tin (asingkan buah dan airnya)
1 tin Susu Cair 4 sudu besar Gula Pasir
1/2 sudu kecil Garam
1 sudu besar Tepung Jagung Air Masak



Cara menyediakan puding :
1. Mula-mula didihkan air, masukkan tepung kastard, susu cair, gula pasir dan garam. Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul di atas api yang sederhana.
2. Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat. Adunan dikacau laju untuk mengelakkan ia berketul. Ia juga harus sentiasa dikacau untuk elakkan hangit. Proses ini mengambil masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap kekuatan api.
3. Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas. 4. Biar ia sejuk dalam suhu bilik dan setelah sejuk masukkan ke peti sejuk. 




Cara menyediakan kuah cockail pula :
1. Mula-mula masukkan air buah-buahan, susu cair, gula pasir, garam, tepung jagung dan air masak ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kecil.
2. Setelah mendidih, tutup api dan sejukkan.
3. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan air masak mengikut kesesuaian.
4. Setelah selesai memasak, sejukkan kuah dengan suhu bilik dan masukkan ke dalam peti sejuk.
5. Apabila puding custard dan kuah cocktail telah sejuk hidangkan bersama buah cocktail. 

Cadangan tambahan : Letakkan kiub ais apabila semua sudah siap. Bertambah-tambah sedap dan sejuk nanti. 

Selamat mencuba!

Kredit: i cook asia

No comments

Powered by Blogger.
a