Header Ads

HEBAT! Vivo bawakan inovasi terbaru mencipta teknologi tambahan "5G" yang menakjubkan!


Baru-baru ini, Vivo memperkenalkan inovasi canggih terkini di Mobile World Congress (MWC) Shanghai 2019 kerana terdapat sebahagian daripada strategi baru mencapai taraf telefon pintar dalam era 5G.

Selaras dengan tema MWC iaitu "Sambungan Pintar" pada tahun ini, Vivo memperkenalkan beberapa kebolehan 5G peranti pintar dan aplikasi, dan juga kejayaan teknologi baru, mendemonstrasi komitmen untuk memperkasa generasi yang seterusnya dalam penggunaan mudah alih.


Strategi perniagaan baru untuk mencapai kekayaan dengan pengalaman mendalam merentasi peranti pintar


Dalam MWC Shanghai 2019,  Vivo mengumumkan strategi peningkatan inovasi merentasi peranti pintar dan aplikasi untuk era 5G.



Berdasarkan kebolehan telefon pintar 5G, syarikat memperkenalkan strateginya dalam pengembangan tawaran peranti 5G untuk dimasukkan dalam "AR Glass", jam pintar, 'headphones' pintar dan banyak lagi. Vivo akan menerima pakai pelbagai peranti, pelbagai aplikasi, dan pelbagai struktur dalam kemajuannya, untuk menyokong keperluan pengguna untuk menyambung dengan digital dan serata dunia. 

Bukan itu sahaja, ia menyediakan pemikiran yang lebih luas, pengguna yang kaya dengan pengalaman merentasi peranti Vivo 5G.




Timbalan Presiden Kanan Syarikat Vivo, Spark Ni berkata, "Misi Vivo seperti biasa iaitu untuk meningkatkan inovatif produk untuk pengalaman pengguna telefon pintar Vivo yang menyeronokkan, dan peranti pintar adalah teras perniagaan kami".

Beliau juga menambah, "Kami berharap melalui pengenalan strategi baru dan inovatif ini, kami pasti boleh berikan impak besar dalam meningkatkan kualiti hidup individu dan masyarakat secara keseluruhan".

Komersial Telefon Pintar 5G Vivo Yang Pertama boleh didapati bermula Q3 2019

Melalui perasmian pre-komersial Vivo NEX 5G telefon pintar yang terdahulu, Vivo telah mencapai satu lagi peristiwa penting ke arah kemajuan telefon pintar 5G. Pada MWC Shanghai, Vivo memaparkan komersial telefon pintar 5G mereka, di mana akan secara rasminya boleh didapati bermula Q3 2019.


Berdasarkan sambungan 5G dan telefon pintar 5G, syarikat Vivo juga mempamerkan pelbagai aplikasi 5G termasuklah "5G Cloud Game", "5G Screen Mirroring" dan "5G EasyShare" dan banyak lagi.

Sebagai contoh, "5G Cloud Game" mendemonstrasi di MWC bahawa ianya tidak beroperasi dalam telefon pintar itu sendiri, tetapi pada "cloud" melalui sambungan 5G terima kasih kepada "ultra-high speed 5G" dan "ultra-low latency". 

Melalui perkhidmatan rendaran "cloud", video dan audio disiarkan dalam waktu sebenar peranti. Melalui proses tukaran dari peranti ke "cloud", sekarang, pengguna boleh menikmati kualiti gambar berdefinisi tinggi dan permainan-latency rendah.  Model kerja ini juga diaplikasikan dalam "5G Screen Mirroring" dan "5G EasyShare".

Pengguna tidak perlu lagi memuat turun aplikasi tambahan dengan adanya bantuan perkhidmatan kebolehan 5G.


"Vivo AR Glass" : Sambutan dengan cara interaksi AR yang baru dalam era 5G

Vivo juga memperkenalkan "Vivo AR Glass" yang pertama di MWC Shanghai 2019, di mana menyokong paparan dwi-skrin dan teknologi 6DoF. Selepas sambung dengan telefon pintar 5G, pengguna boleh menikmati pelbagai aplikasi seperti "mobile office", "AR games", video berdefinisi tinggi 3D, pengiktirafan muka dan pengiktirafan objek pada "Vivo AR Glass".

Apabila "Vivo AR Glass" memaparkan kandungannya, telefon pintar 5G kemudiannya akan bertindak sebagai kawalan yang membenarkan pengguna untuk "menukar" dan "pilih" aplikasi. 

Contohnya, apabila bermain "games", telefon pintar akan menjadi konsol utama. Sedangkan pada ketetapan "mobile office", telefon pintar akan kembali kepada papan kekunci. 5 jenis aplikasi  yang terdapat dalam "Vivo AR Glass" sekarang ini ialah : "mobile game", "mobile office", "5G theatre", pengiktirafan muka dan pengiktirafan objek.

No comments

Powered by Blogger.
a