Header Ads

TERBARU! 'Pre Order' Vivo S1 Kini Boleh Dibuat Sekarang. Harga Memang Murah!



Telefon pintar S-series pertama, Vivo S1, yang membawa tagline "Unlock Your Style" kini boleh didapati untuk 'pre-order' bermula dari 20 Julai 2019 sehingga 26 Julai 2019 dan Vivo S1 akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Julai ini. Harga yang boleh anda dapati untuk setiap Vivo S1 adalah RM1,099 pada 27 Julai 2019 pada kesemua cawangan dan kedai rasmi Vivo.



Dapatkan RM100 rebat percuma dengan membayar RM50 apabila tempahan awal dibuat untuk Vivo S1 di kesemua cawangan Vivo. Pembeli yang membuat tempahan awal akan menikmati kotak hadiah eksklusif pada setiap tempahan awal yang bernilai RM99 termasuk satu Vshare K1-Bluetooth Speaker.

Untuk tempahan awal secara online, Vivo S1 boleh didapati di Lazada, Shopee, Presto Mall dan Cawangan Vivo. Pembeli online yang membuat tempahan awal juga akan menikmati hadiah eksklusif misteri yang bernilai RM150.

Vivo S1 ini dibuat khas untuk pengguna muda yang bertenaga, ber-stail dan selalu 'update' dengan trend yang terbaru. Anda boleh 'enjoy' dengan rekaan Vivo S1 dimana terdapat Teknologi Pengimbas Cap Jari pada paparan, 32MP Kamera Selfie AI, 4,500mAh kapasiti bateri dengan Pengecas Pantas Dual-Enjin, 3 Kamera Belakang AI dan rekaan bergaya dengan pelbagai pilihan untuk Diamond Black dan Skyline Blue Colors.


Dengan satu sentuhan sahaja dapat 'unlock' S1 ini dengan adanya Teknologi Pengimbas Cap Jari pada paparan dan animasi ketika 'unlock' di skrin amat menarik. Dengan 32MP kamera hadapan, selfie anda kini lebih HD dan terperinci. Ada jua beberapa mod untuk berselfie antaranya 'AI Face Beauty, 'Selfie Frontlight', 'AR Stickers', AI Filter' dan bermacam lagi. Selain dari itu, kapasiti bateri sebesar 4,500 mAh yang didatangi dengan Pengecas Pantas Dual-Enjin akan membuat anda tinggalkan 'Power Bank' anda dirumah sahaja.


Tangkap gambar dengan lebih tepat dan teliti dengan dengan Vivo S1. 'AI Portrait Framing' membantu anda untuk mendapatkan ratio sempurna untuk menangkap gambar dan anda akan menikmati keseronokan dalam mengambil gambar. Kamera AI Super Wide-Angle memperluaskan permandangan anda sebanyak 120° supaya anda menangkap gambar 'landscape' dengan lebih banyak lagi. Jika anda ingin mengambil gambar secara berkumpulan, kamera akan bertukar mod 'Super Wide-Angle' secara automatik untuk jarak yang lebih luas.

Vivo S1 akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Julai 2019 di Malaysia. Untuk info yang lebih lanjut, sila layari https://www.vivo.com/my dan halaman Facebook rasmi Vivo di https://www.facebook.com/vivoMalaysia/


Cawangan Rasmi Vivo: https://www.vivostore.com.my/

No comments

Powered by Blogger.
a