Header Ads

Ditegur Pedas Supaya Berhenti Nyanyi,Ini Respon Fazura..


Beberapa single antaranya Sayangi Dirimu dan Hancur Aku mendapat perhatian peminat muzik tempatan sekaligus membuktikan bakat serba boleh dimilikinya.

Selain lakonan, pelakon yang juga isteri kepada Fattah Amin, Fazura turut melebarkan sayapnya dalam bidang seni suara.Namun kolaborasinya bersama Anggun dalam lagu The Good Is Back bersama penyanyi Indonesia, Anggun mengundang respon negatif peminat artis Indonesia.


"Saya sedia menerima kritikan daripada peminat. Saya mengaku tidak setanding dengan Anggun tapi saya dah buat yang terbaik dan sangat seronok bekerja dengannya."

Apa sahaja komen yang diterimanya bukanlah satu sebab untuk terkesan namun cara bagi belajar kesilapan. Dari situ dia boleh membuat lebih baik di masa akan datang. Dia juga menjelaskan, duet dengan Anggun dibuat kerana minat dengan penyanyi itu telah lama dipendam.

"Kritikan dan komen adalah sesuatu yang bagus untuk saya bagi saya belajar kesilapan dan memperbaiki kekurangan."

"Saya terima cabaran kerana saya sangat meminati Anggun. Cabaran yang saya buat ni buat saya makin berani melangkah lebih jauh."




Sumber : New Staits Times. 
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a