Header Ads

Isu Netizen Kutuk Rupa Paras Anak,Nora Danish Akui Sedih Dan Terasa Hati.

Kehidupan pelakon Nora Danish semakin hari semakin indah apabila hasil perkahwinan keduanya dengan Nedim Nazri, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Neqarl Nedim pada 22 Februari lalu.

Namun dalam melayari detik-detik manis menimang cahaya mata baharu, Nora tidak terlepas menjadi bahan kritikan di media sosial apabila kecomelan Neqarl dipertikaikan netizen baru-baru ini.

Mengakui berasa sedih dan kecewa dengan status yang mengutuk paras rupa Neqarl, Nora tidak menafikan dia menangis tatkala membaca komen negatif sebegitu.

“Saya juga manusia biasa bila tengok orang mengutuk fizikal diri saya, saya boleh terima. Tapi untuk anak saya yang baharu dilahirkan suci seperti kain putih pun mereka kutuk, sudah tentu saya menangis.

“Semestinya saya berasa sangat emosi. Kalau terjadi pada orang di luar sana pun pasti mereka akan menangis. Benda (buli siber) ini harus dihentikan,” katanya.

Nora ditemui pada majlis pelancaran Kempen Tanggungjawab Sosial Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu di KLPac, Kuala Lumpur hari ini.

Selain Nora, kempen itu turut menampilkan barisan selebriti seperti Neelofa, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Maya Karin, Kavitha Sidhu, Caprice, Shahrol Shiro dan Joe Flizzow yang sama-sama menyokong program kesedaran tersebut.





Menurut Nora, suami banyak memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk menghadapi buli siber yang dilemparkan terhadap dirinya dan anak mereka dan disebabkan perkara itu juga dia tertarik untuk sama-sama menyatakan sokongan terhadap kempen yang dianjurkan oleh Tall Order Productions Sdn Bhd itu.

“Suami saya selalu pesan kenapa perlu ambil serius (komen-komen negatif), dia kata sepatutnya saya dah tahu semuai ini dan sebagai seorang selebriti memang kita kena kebal dengan benda-benda macam ini. Disebabkan itu saya bersemangat untuk menyertai kempen kesedaran ini agar ia dapat membuka mata masyarakat di luar sana.

“Nora bersama selebriti-selebriti lain terpanggil untuk menyertai kempen ini bagi memberi kesedaran agar buli siber tidak terus berleluasa lebih-lebih lagi di kalangan generasi masa kini. Kami di sini untuk ‘mengajar’ mereka cara berhemah dan lebih bertanggungjawab di media sosial dalam meluahkan pendapat atau kata-kata agar tidak keterlaluan sehingga boleh mengaibkan orang lain,” katanya.







 

Sumber : KopiPlanet
Kredi foto: Instagram Nora Danish
-www.kakishare.tv
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a