Header Ads

Tahniah!! Ummi Nazera Sah Hamil Empat Bulan.


Tahniah Diucapkan Kepada pelakon cantik manis,Ummi Nazeera yang bakal menimang cahaya mata selepas dia disahkan hamil empat bulan.

Menurut Ummi,dia tidak mengetahui dirinya berbadan dua sehinggalah dia mendapatkan rawatan di Klinik kerana mengalami kecederaan di kaki ketika menjalani pengambaran filem terbaru Gol & Gincu.

“Ketika penggambaran Gol & Gincu, saya mengalami kecederaan di kaki. Kemudian saya ke klinik rakan suami saya. Doktor yang merawat saya itu bertanya kepada saya mengandung atau tidak sebelum melakukan imbasan tersebut,’ katanya kepada Malaysian Digest.

“Kemudian saya menjalani ujian kehamilan terlebih dahulu tetapi hasil keputusan ketika itu masih samar.

“Selepas ujian yang kedua dibuat, barulah saya mendapat keputusan yang tepat. Alhamdulillah saya hamil. Saya dan suami bersyukur kerana dikurniakan rezeki zuriat,” ujarnya.








Sumber : Malaysian Digest.

-www.kakishare.tv
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a