Header Ads

Terkena Renjatan Elektrik sampai Lekat Kesan Jari. Ini Puncanya...


MUAR dalam kejadian jam 1:30 pagi, sekumpulan lelaki dikatakan cuba memacak tiang buluh yang digunakan memasang bendera parti politik. Disebabkan itu, empat lelaki terkena renjatan elektrik berhampiran talian elektrik bervoltan tinggi.

Empat daripadanya yang berusia 20-an hingga 40-an terpelanting selepas secara tiba-tiba terkena renjatan elektrik pada buluh tersebut menyebabkan salah seorang mangsa parah dan patah tulang rusuk, manakala tiga lagi mengalami cedera ringan. 


Kesemua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk mendapatkan rawatan. 






Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan masih melakukan siasatan. 

Justeru, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengeluarkan satu kenyataan yang menasihatkan semua parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umur Ke-14 (PRU14) tidak memasang sebarang bahan kempen di tempat berisiko yang berisiko terkena renjatan elektrik. 

Sumber : The Reporter

FACEBOOK kimskinhq

No comments

Powered by Blogger.
a