Header Ads

Anwar Ibrahim dedah Nilai Rampasan Harta Najib



19 Mei: Selepas beberapa operasi dijalankan oleh pihak polis terbanyak banyak rampasan telah dilakukan. Ini termasuk rampasan melibatkan barang kemas, wang tunai, beg tangan mewah serta pelbagai aset lain disita oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Ini menyebabkan ada kemungkinan bahawa nilai rampasan aset Datuk Seri Najib Razak akan mengatasi kekayaan pasangan diktator Filipina, Ferdinand Marcos dan isterinya, Imelda.

"Saya rasa kita mungkin akan mencatat rekod mengagumkan dan melebihi (harta) Imelda dan yang lain-lain," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipetik Financial Times.

Polis menggunakan lima lori untuk mengangkut pelbagai barang yang dirampas itu. Antaranya ialah 72 beg wang tunai serta 284 kota beg tangan berjenama mewah.

Media juga melaporkan polis merampas lebih 100kg jongkong emas serta wang tunai bernilai lebih RM100 juta dari kondominium berkenaan.

Bagaimanapun setakat ini polis belum mengesahkannya.

Pasangan Marcos yang disebut Anwar dalam temu bual berkenaan ialah bekas pemerintah Filipina yang akhirnya tumbang digulingkan rakyat negara itu pada 1986.


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kemudian mengarahkan polis menjalankan siasatan ke atas Najib berhubung skandal 1MDB yang menggemparkan ramai orang itu.

Semalam satu peti besi yang didakwa terkunci selama 20 tahun akhirnya berjaya dibuka selepas polis mencubanya lebih 24 jam.

Difahamkan sejumlah wang ditemui di dalam peti keselamatan berkenaan.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh memberitahu mereka juga menjalankan penggeledahan bagi mendapatkan bukti di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Sebelum ini Najib didakwa menerima dana bernilai AS$731 juta (RM2.9 bilion) yang disyaki diselewengkan dari 1MDB.

Bagaimanapun Najib menarikan beliau terbabit dalam sebarang salah laku atau penyelewengan.

Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyerahkan notis kepada Najib supaya hadir di pejabat agensi penguat kuasa berkenaan untuk diambil keterangan pada 22 Mei ini.

Sumber : Malaysia KINI
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a