Header Ads

"Awek Litar" Bukan Lagi Sebahagian Daripada Sukan Formula 1 (F1)



24 Mei: Didalam perlumbaan Formula 1 "awek" litar merupakan salah satu daya tarikan sukan tersebut. Mereka yang digelar sebagai gadis litar berfungsi sebagai penyeri bagi perlumbaan Formula1.

Namun mereka mungkin tidak akan digunakan lagi selepas ini bermula dengan saingan di Grand Prix Monaco minggu ini.

Perlumbaan GP Monaco Ahad ini akan menyaksikan model lelaki dan wanita yang mewakili jam tangan jenama Tag Heuer bakal dibariskan di sisi 20 pemandu seperti peranan yang pernah dilakukan oleh gadis litar sejak sekian lama.

Selain memegang nombor kereta setiap pelumba, kehadiran mereka bakal menceriakan lagi suasana di litar itu dengan membawa iPads untuk merakam gambar dan terus dimuat naik ke laman sosial selain berinteraksi secara langsung dengan penonton.



Penganjur juga bakal menampilkan ‘Kanak-Kanak Grid’  yang juga dikenali sebagai bintang masa depan bersama dengan kumpulan model peragaan jenama jam berkenaan.

Seorang jurucakap penganjur juga mengesahkan pihaknya tidak akan menggunakan semula gadis litar seperti dipsertujui oleh pemegang hak cipta perlumbaan berkenaan - Liberty Media.

Menurutnya, lima perlumbaan yang sudah berlangsung menggunakan model peragaan jenama berkenaan termasuk deretan pramugari syarikat penerbangan Gulf Air dan Emirates di GP Bahrain danGP Sepanyol tempoh hari.

Kehadiran mereka tidak sama dengan peranan ‘gadis litar’. Model jelita ini bukan lagi sebahagian daripada sukan Formula Satu ini,” katanya.

Perubahan yang dilakukan itu turut mendapat reaksi kalangan pelumba yang bertanyakan soalan pada sidang media sama ada benar gadis litar di GP Monaco akan dikembalikan seperti sedia kala.

“Anda tidak akan nampak sebarang perubahan. Apabila mereka tiada lagi, saya fikir ia lebih elok kerana tidak sesuai untuk wanita abad ke-21 ini hanya diberi peranan memegang nombor pelumba,’ kata pelumba Perancis, Romain Grosjean.




Pelumba Mercedes yang juga juara dunia, Lewis Hamilton berkata: “Pada setiap perlumbaan mereka akan berdiri di depan kereta dan pada perlumbaan terdahulu, ia kadang kala menimbulkan pelbagai perasaan.

“Saya fikir Monaco adalah Grand Prix yang sangat mewah dan saya tidak tahu apa perasaan kaum wanita mengenainya.

“Di litar Monaco ini dulunya pasti akan ada deretan gadis jelita di atas trek dan ia satu perkara yang sangat menarik, tetapi saya fikir tidak perlu lagi kita meneruskannya ataupun terus memaksa mereka tampil dalam keadaan tidak selesa di litar.

Februari lalu, Pengarah Urusan Komersil Formula Satu, Sean Bratches ketika mengumumkan ketiadaan ‘gadis litar’ mulai musim ini berkata bahawa amalan itu ‘kelihatan aneh dengan norma kehidupan wanita moden zaman ini’

No comments

Powered by Blogger.
a