Header Ads

Berita Gembira Untuk Kakitangan Awam Dan Pesara Sempena Hari Raya Ni



30 Mei: Kepada semua penjawat awam korang boleh senyum lebar sekarang apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan akan memberi bantuan khas kepada semua kakitangan kerajaan.

Bukan itu sahaja beberapa lagi berkara lain telah turut diumumkan selepas mereka (kerajaan) mengadakan mesyuarat kabinet kedua hari ini.

Bantuan Khas Raya ini berjumlah RM400 akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 41 tahun ke bawah, manakala untuk golongan pesara mereka akan mendapat RM200.

Selain itu, kerajaan akan memberi diskaun tol 50 peratus untuk semua lebuh raya dua hari menjelang sambutan Aidilfitri.

Perlaksanaan sistem Cukai dan Barangan (GST) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu ditetapkan pada kadar sifar 1 Jun ini dan akan digantikan sepenuhnya dengan SST bermula September 2018.
FB: Triherb
Sementara itu, harga diesel dan RON95 akan dikekalkan, manakala harga RON97 akan diapungkan mengikut harga pasaran.

Kerajaan juga akan memperkenalkan Bantuan Sara Hidup kepada rakyat untuk menggantikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Jemaah Menteri bersetuju High Speed Rail (HSR) dibatalkan, tertakluk kepada perbincangan dengan kerajaan Singapura kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang tinggi dan MRT laluan tiga tidak akan diteruskan.


Tabung Harapan Malaysia akan diwujudkan untuk menerima derma dari rakyat bagi membantu kedudukan kewangan kerajaan. Kerajaan mengalu-alukan sikap patriotik rakyat untuk membantu kerajaan dan memastikan derma itu diberi kepada Kementerian Kewangan. Nombor akaun akan diumumkan kelak.

Sumber: Awani

No comments

Powered by Blogger.
a