Header Ads

Budak Umur 7 Tahun Dirotan Cikgu Sebab "TAK PUASA" ? Netizen Marah



23 Mei: Seorang ayah meluarhkan perasaannya di facebook apabila betis anaknya hampir koyak dirotan oleh cikgu. Anaknya yang berusia 7 Tahun itu disuruh cikgunya untuk memberitahu ibu bapanya yang dia tidak berpuasa oleh sebab itu dia dirotan.

Berikut adalah luahannya:



Luah mati mak telan mati bapak..tu lah pepatah melayu telah berkata. Aku tak tahu bagaimana hendak memulakan cerita yang terjadi dalam diri ini.

Hari ini 22hb 05 2018. dalam jam 1.30pm anak aku balik dari sekolah, dan telah memberi tahu yang dia telah di rotan oleh guru disiplin, membuat kan anak aku tidak larat hendak berpuasa.

# papa Isaac tak puasa sebab kena rotan dengan cikgu dan cikgu cakap ToLONg beritahu papa yang cikgu rotan Isaac. Kalau tidak beritahu papa, nanti esok cikgu rotan lagi.

Itulah perkataan pertama bila anak aku sampai di rumah. Aku angap itu mungkin denda sebagai kenakalan nya. Masa tu aku tidak perasan lagi apa yang telah terjadi. Tiba-tiba anak aku datang menunjukan bekas atau kawasan yang di rotan. Itu pon anak aku telah sapu sendiri dengan minyak gamat.

Luluh hati ini berderai air mata aku bila melihat betis anak aku hampir koyak di rotan oleh cikgu disiplin. Anak aku mungkin nakal tetapi umurnya baru 7 tahun. Sungguh kejam cikgu perlakukan sebegini. Jika saudara saudari yang mempunyai anak, adakah anda sanggup anak anda di perlakukan sebegini?

Pihak sekolah tidak membantu atau memberi kerjasama.Bila pihak kita telefon pelbagai alasan untuk memgelak. Anak aku baru 7 tahun bukan 17 tahun.

Aku telah membuat report polis...biar lah pihak polis yang menguruskan. Dan report perubatan dari hospital Ampang juga telah buat.Aku tidak berdendam.....

Geram tetap geram. Tetapi aku pon ada perasaan. Aku tahu cikgu pon ada keluarga aku tidak kejam untuk mempenjarakan cikgu. Cikgu bila buat kerja biar guna otak jgn ikut nafsu...Tetapi ini adalah permulaan.......Cikgu Sean Isaac Sharwane anak aku.






NETIZEN MENGECAM TINDAKAN GURU TERSEBUT DAN MEMINTA AGAR REPORT POLIS





Sumber: Lebai Kay

No comments

Powered by Blogger.
a