Header Ads

Dai Wan Minta Maaf Dengan Faiz Roslan? Netizen Puji Dai Wan



22 Mei: Tindakan memuat naik satu video parodi Faiz Roslan dan 2 orang lagi kawannya mendapat kecaman dari pelbagai pihak termasuk Dai Wan.

Nasihat demi nasihat sentiasa diberikan oleh Dai Wan kepada anak muda ini. Namun baru-baru ini ada statement mengatakan bahawa Faiz Roslan diugut dan sebagainya.

Bagi menjernihkan semula situasi, Faiz Roslan dan 2 lagi rakannya dijemput ke sebuah rancangan Astor untuk bertemu dengan Dai Wan Dazrin dan Pu Azman.

Mereka ini dijemput untuk menjernihkan hubungan mereka yang dikatakan tegang. Berikut adalah kata-kata daripada Dai Wan kepada mereka bertiga



Mereka hadir membawa senyuman ketika bertentangan dengan saya tadi. Namun saya tahu hati mereka berkocak, tidak keruan mahu membuat apa. Saya santuni dengan salam. Saya kata jangan takut. Saya tidak memarahi kalian pun. Mereka senyum balik tapi mata masing-masing tidak terarah menunjukkan kegementarannya. Pertemuan ini adalah suatu yang dinantikan bagi semua yang mengikuti perkembangan kita.

Saya harap dari saat teguran saya sampailah ke hari ini, ia menjadi titik kesedaran dan kekesalan yang mendalam buat kalian dan akan kalian ingat sampai bila-bila. Kalian pilih untuk berasa takut kerana Allah dan cuba untuk tidak mengulangi lagi. Sekaligus apa yang terjadi mengajar kalian sebelum bertindak sesuatu maka berfikir dengan panjang. Sebagai umat Islam. Saya sayangkan kalian kerana Allah. Saya nak kalian gunakan medium yang kalian ada sebagai jalan kreativiti yang membina dan menjana minda masyarakat. Ia bukan sahaja membuahkan faedah bahkan pahala lagi dan itulah kunci untuk kita ke syurga Allah swt.

Untuk kalian bertiga:.

Sebelum Ust pulang tadi, Ust sempat minta maaf pada kalian bertiga andai kata dalam ketegasan Ust menegur kali ini Ust mengguris hati kalian, walaupun Ust memang dibenarkan untuk berbuat demikian dan itulah cara yang terbaik untuk sampai ke tahap ini dan kalian akhirnya sedar. Ust datang sendiri & bawa diri Ust utk bersalaman dengan kalian. Itu tanda Ust cuba untuk mencipta kasih dalam berbelah bahaginya hati kalian. Ust cuma nak bagitahu yang Ust sayangkan kalian yang masih muda ini. Jadilah manusia yang bermanfaat. Umur masih panjang. Biarkan ia diiringi dengan keberkahan.

Yang benar, seorang hamba yang menasihati hamba-hamba yang lain demi untuk syurga Ilahi.




No comments

Powered by Blogger.
a