Header Ads

Dikecam, Disindir Netizen Apabila Beri Pendapat Untuk Block Video Lucah ? Kesian Fathia Latiff




31 Mei: Nampaknya niat baik Fathia Latif dalam memberi pandangan dan cadangan mendapat kritikan dan keceman netizen.

Fathia dalam satu tweetnya memberi pandangan agar pihak atasan untuk memberi perhatian agar block video-video lucah yang disebarkan oleh netizen secara meluas.

Saya mengharapkan Pihak Atasan boleh block video-video lucah yang disebarkan secara meluas sekarang ni. Takut rosakkan akhlak remaja bawah umur yang menggunakan sosial media tanpa bimbingan daripada Penjaga i.e ibu bapa. - Fathia Latiff


Namun pendapatnya ini dibalas dengan pelbagai sindiran, kecaman, kutukan dan pelbagai lagi. Berikut adalah kata-kata netizen yang KS rasa tak sepatutnya.



Ada juga yang mempersoal yang Fathia tidak layak dalam memberi pandangan atau statement berkaitan dengan perkara ini..



KS berasa sedikit kecewalah dengan kecaman dan tindakan korang semua.. Malaysia sudah baru kita kena support lah sikit orang yang nak berubah sampai bila nak kecam orang. Ada perkara yang boleh kita kecam ada perkara yang tidak boleh.

Fathia bagi KS tidak ego dan tidak cepat melatah apabila memuat naik satu lagi tweet

Saya redha dengan apa yang terjadi pada saya.Saya percaya,Tuhan ingin saya menjadi hamba yang lebih baik. Bukan sahaja lebih baik disisi Tuhan, tapi dimata masyarakat juga.

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a