Header Ads

Filem Kisah Tun Mahathir Bakal Mencipta Fenomena Di Bollywood.


Baru-baru ini, seorang produser Bollywood merancang untuk menghasilkan filem mengenai kemenangan Tun M pada PRU 14.Tun M juga mendapat ucapan tahniah dari pemimpin seluruh dunia.Perlantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 bukan saja membuatkan rakyat Malaysia bersorak gembira.

"Saya mahu mengarahkan dan menghasilkan filem ini kerana Dr Mahathir, pada usia 92 tahun, dapat membawa rakyat Malaysia supaya bersama-sama dengan apa yang terbukti sebagai pilihan raya kemenangan (bagi beliau dan pakatannya). Beliau memang memiliki kekuatan, keinginan dan ketabahan yang mengagumkan," katanya kepada BERNAMA.

Menurutnya  kepimpinan Dr Mahathir dalam memupuk hubungan antara kaum mendorong rakyat Malaysia untuk mengundi bagi sebuah kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH), yang dipengerusikannya, selepas 60 tahun kemerdekaan.

Dengan tajuk filem yang dirancang bertajuk 'Mahathir Penyelamat Malaysia', filem itu akan dirakamkan dalam bahasa Hindi dan dialih suara ke Bahasa Melayu dan Inggeris.

"Malaysia dilahirkan semula. (Mei adalah hari baharu. Malaysia sudah diberi peluang baharu," katanya.

Raman, yang tinggal di United Kingdom, Mumbai di India dan juga Malaysia berkata, filem itu akan menampilkan pelakon Malaysia dan sebahagian daripada kru filem dari Mumbai






Sumber : Harian Metro.
FACEBOOK triherbs

No comments

Powered by Blogger.
a