Header Ads

HINDRAF Tuntut Tanah Macam Melayu, UiTM Dibuka Untuk Semua Kaum



30 Mei: HINDRAF 2.0 atau Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu meminta agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyediakan tanah seperti rancangan FELDA kepada kaum India yang berpendapatan rendah.

Menurut ketua umum mereka P Uthayakumar, mereka menuntut agar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang diwujudkan khusus untuk bumiputra dan Melayu agar dibuka juga untuk semua kaum terutama bagi kaum india dari golongan B75.

"Kita mahu 20,000 lot tanah seperti FELDA seluas dua hektar setiap satu lot yang ditanam sawit dan ternakan lembu liar, peluang skim pemilikan tanah dilengkapi rumah serta kemudahan asas."

“Kami juga menuntut kerajaan PH memberikan hak milik 20,000 lot tanah seluas 0.8 hektar bagi tujuan ternakan lembu atau kambing berserta rumah dan kemudahan.

“Ia termasuk peluang 15 peratus untuk golongan B75 bagi tawaran kemasukan ke universiti awam, politeknik, UiTM dan Tadika Permata setiap tahun,” katanya kepada media selepas menyerahkan memorandum mengandungi 25 tuntutan kepada kerajaan menerusi Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham hari ini.

Memorandum itu diterima Sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan, Zawiyah Mohd Yusof.

FB: Triherb
Tuntutan lain HINDRAF 2.0 ialah 20,000 lesen dan permit kerja bagi projek kerajaan, lesen penjaja kecil, memberikan taraf warganegara kepada warga India tidak memiliki dokumen diri.

Ia termasuk menangani isu kemiskinan golongan B75, isu pengsngguran, masalah jenayah, mengurangkan pengambilan pekerja warga asing, pemberian tanah seluas 0.8 hektar kepads kuil dan tanah seluas empat hektar bagi tanah perkuburan Hindu.

Uthayakumar berkata, kerajaan baharu pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad wajar menimbang dan mengambil kira tuntutan HINDRAF 2.0 selepas 80 peratus pengundi India menyokong PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Sumber: Metro

No comments

Powered by Blogger.
a