Header Ads

'Ingatkan Najib seperti bapanya, tetapi saya salah' - Tun Mahathir akui tersilap memilih Najib sebagai PM ke-6



27 Mei: Dalam temubual bersama The Edge Weekly, Perdana Menteri Malaysia mengatakan bahawa kes melibatkan DS Anwar Ibrahim dan DS Najib Razak adalah berbeza.

Beliau mengatakan kesalahan yang dilakukan oleh Najib telah disebarkan oleh media dan semua orang yang telah bercakap mengenainya sejak sekian lama. 

Ini berbeza dengan kes Anwar dimana beliau menerima maklumat daripada pihak polis. 

"Dalam kes Anwar, saya diberitahu oleh pihak polis tetapi dalam kes Najib, saya tahu dari sumber awam. Media dan semua orang mengatakan beliau merosakkan banyak perkara. Jadi, dalam kes Najib, saya tahu ia berbeza dengan kes Anwar," katanya.

Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri pada 1990-an sebelum dipecat dari Kabinet dan dikenakan hukuman penjara atas dakwaan melihat. Susulan kejadian itu, kedua-dua pemimpin itu bermusuhan selama bertahun-tahun sehingga 2016 di mana Dr Mahathir telah meninggalkan UMNO dan menyertai pembangkang dan berjaya menawan Putrajaya pada 9 Mei lalu. 

FB: Triherb
"Beliau (Najib) tidak menyaman mereka yang membuat tuduhan, sekali gus membuktikan semua perkara itu memang dilakukannya. Maka dalam kes Najib, saya tahu ia berbeza," katanya.

Sementara itu, Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. Bermula dari 2015, Najib dikritik dari segenap sudut sama ada dari dalam atau luar negara termasuk bekas mentornya sendiri, Dr Mahathir. 

Dr Mahathir mengakui bahawa pelantikan Najib dibuat kerana terhutang budi dengan bapa Najib, bekas perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.

"Tanpa Tun Razak, saya tidak akan menjadi perdana menteri (kali pertama pada 1981). Tun Razak sebenarnya memberitahu Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn bahawa ketika dalam kesulitan, hubungi saya (Dr Mahathir).

"Jadi, apabila beliau diarah untuk memilih tiga Naib Presiden Umno, dia memilih saya ketika itu. Begitulah bagaimana saya menjadi Perdana Menteri, jadi saya berhutang kepada Tun Razak. Saya fikir Najib akan menjadi seperti bapanya, tetapi saya salah," katanya.

No comments

Powered by Blogger.
a