Header Ads

'Ini Gambar Terakhir Kami,Kuncinya Adalah Redha' - Nazim Othman Kongsi Detik Sebelum Difailkan Cerai.


Nazim Othman mendedahkan yang beliau dan bekas isterinya Bella Dally mengambil masa 6 jam berbicara dari hati ke hati tentang keputusan untuk berpisah.

Namun, pasangan ini mengambil keputusan untuk hanya berdiam diri tanpa mendedahkan punca sebenar.Masih tertanya-tanya apakah punca berlakunya perpisahan antara Bella Dally dan Nazim Othman.

Menurut Nazim, pada hari tersebut mereka bercakap dari hati ke hati sebelum mengambil keputusan berpisah.Menerusi Instagram berkongsi gambar semasa mereka menghabiskan masa terakhir bersama-sama. 



Gambar ini diambil pada hari kami menghabiskan 6 jam bercakap dari hati ke hati berkenaan perpisahan ini. Sehari sebelum saya terbang ke Kota Kinabalu untuk failkan kes. Gelak tawa, air mata dan punca, semuanya biarlah kami simpan antara kami sahaja. Kami menerima ketentuan dengan hati yang terbuka dan bersetuju untuk tidak mensensasikan perkara ini kepada umum. 

FACEBOOK triherbs

Kuncinya adalah redha. Kami sangat menghargai segala nasihat yang diberikan namun kami mengikut ‘jalan’ yang telah diberikanNya ini melalui istikarah. Ianya payah dan menyakitkan tapi kami percaya Dia hanya menguji hambaNya sesuai dengan keupayaannya. Kami juga percaya ini adalah yang terbaik buat kami. Apa-apapun Dia adalah sebaik-baik perancang. Oleh itu, sekarang kami termasuklah anda semua perlulah menjalani hidup dengan tenang dan positif. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. Selamat berpuasa. 




Sumber : Instagram Nazim Othman.


No comments

Powered by Blogger.
a