Isu Video Syafiq Kyle, Ini Luah Fattah Amin Dan Fazura Yang Turut Simpati
30 Mei: Setelah video viral sensasi melibatkan rakan seperjuangan Fattah Amin dalam program pencarian Hero Remaja 2012/13. Fattah Amin turut mengulas dan memberi respon tentang perkara ini.
Beliau dalam satu temu bual berkata bahawa beliau turut bersimpati dan mengecam tindakan individu yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan video tersebut.
"Saya sudah tentu turut bersimpati dengan Syafiq. Malah, isteri saya juga bersimpati. Dan saya rasa bukan kami berdua sahaja yang bersimpati tetapi semua orang bersimpati apatah lagi video ini tersebar pada bulan mulia (ramadan)".
"Cuma kita sebagai orang luar tidak perlu sebar atau bercerita mengenainya kerana jika ianya tidak betul sudah pasti ia boleh jatuh fitnah dan berdosa," katanya
Beliau juga mengatakan bahawa sudah menjadi satu lumrah apabila seseorang artis itu meletop pasti akan ada orang cuba menjatuhkannya.
Beliau juga turut meluahkan bahawa sebagai seorang selebriti ia merupakan suatu lumrah.
![]() |
FB: Triherb |
"Jika sesuatu kontroversi berlaku pada saya perkara pertama saya akan buat adala berbincang dengan pihak pengurusan setelah itu baru melakukan tindakan berikut," luah Fattah Amin.
Post a Comment