Header Ads

Jamal Ditahan Polis Sebab "Show Off" Pistol di Media Sosial



22 Mei: Datuk Seri Jamal Md Yunos telah ditahan oleh pihak polis pada hari bagi membantu siasatan sengaja mempamer senjata api di dalam laman sosialnya.

Pihak polis telah menahannya dalam jam 1.15 petang di sebuah hospital swasta di Jalan Memanda, Ampang. Tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota polis bahagian siasatan jenayah maksiat, juti dan kongsi gelap D7 Kontinjen Selangor.

Tangkapan itu dibuat susulan satu laporan polis diterima pada 12 Mei lalu, oleh seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kuala Langat.

FB: Triherb

Pengadu mendakwa melihat beberapa keping gambar menunjukkan Jamal menyelitkan senjata api di pinggangnya di tempat awam yang dipercayai bertujuan menakut-nakutkan orang ramai.

Dalam laporannya, pengadu meminta polis menyiasat perbuatan Jamal itu dan menarik lesen senjata api sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata , selain kes senjata api, terdapat beberapa lagi kes berkaitan Jamal yang sedang disiasat.

"Disamping itu, ada dua waran tangkap lain akan disempurnakan selepas Jamal selesai menjalani rawatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan kes Jamal dilakukan mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960.


No comments

Powered by Blogger.
a