Header Ads

Menipu RM242 Juta, Wanita Ini Dipenjara 20 Tahun !



31 Mei: Seorang pereka fesyen yang terkenal di Indonesia dihukum penjara selama 18 tahun kerana disabitkan dengan tuduhan menipu pakej umrah dan pengubahan wang haram yang membabitkan jumlah ratusan billion rupiah.

Mahkamah telah mendapati bahawa Anniesa Hasibuan, 31, dan suaminya, Andika Surachman menipu pelanggan yang membayar pakej umrah untuk ke Tanah Suci Makkah menerusi agensi pelancongan milik mereka.

Mahkamah mengenakan denda Rp10 bilion (RM2.85 juta) kepada Anniesa manakala suaminya dikenakan hukuman penjara 20 tahun dengan denda sama.

Pasangan itu dilaporkan menipu beribu-ribu pelanggan dengan nilai berjumlah sekurang-kurangnya Rp848 bilion (RM242 juta)



Anniesa adalah pereka fesyen terkenal di Indonesia dan menggunakan nama Hasibuan pada koleksi pakaian muslimah rekaannya.

Pada 2016, koleksi Hasibuan dipamerkan di Minggu Fesyen New York dan buat pertama kalinya model memperagakan rekaan tudung dan pakaian muslimah di pentas fesyen berprestij itu.

Pasangan itu menubuhkan syarikat pelancongan dikenali sebagai First Travel pada 2009 untuk menguruskan jemaah umrah ke Arab Saudi.

Bagaimanapun, mahkamah memberitahu, syarikat itu tidak membawa seorang pun pelanggan mereka mengerjakan umrah sejak awal tahun lalu walaupun sudah menerima bayaran.

FB: Triherb

Pakaian rekaan Anniesa diperagakan London, Istanbul dan Cannes tetapi penampilan di Minggu Fesyen New York mengesahkan statusnya sebagai bintang fesyen dunia yang meningkat naik.

Anniesa terkenal dengan kehidupan mewahnya dan sering memuat naik gambar bersama suaminya ketika melancong ke luar negara serta memakai barangan mewah di laman sosial.

No comments

Powered by Blogger.
a