Header Ads

Najib kena Cari Peguam Terbaik untuknya- Anwar Ibrahim



21 MEI: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata siasatan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak akan di lakukan secara adil dan bebas berhubung dengan kes SRC International Sdn Bhd.

Ketua umum PKR itu juga meminta semua pihak supaya tidak menjatuhkan hukuman terhadap bekas perdana menteri itu sebelum siasatan rapi dan pelaksanaan undang-undang dipatuhi sepenuhnya.

Beliau juga menasihati bekas Perdana Menteri, Najib Razak supaya cari peguam bela yang baik. Katanya semasa pertemuan dengan bekas Presiden Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie.

Najib diminta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya selasa ini, menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi).

Untuk pengetahuan umum, SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada 26 Januari 2016, media melaporkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Sumber- mStar

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a