Header Ads

Najib Razak "LETAK JAWATAN" pengerusi BN dan UMNO serta merta !! ?


12 MEI 2018: Dalam satu sidang media , Dato Seri Najib Tun Razak secara rasmi mengumumkan bahawa beliau meletak jawatan dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Beliau dalam ucapan yang ringkas mengakui silap salahnya atas kekalahan barisan nasional dalam pilihanraya umum ke 14 ini.

Tindakan yang dilakukan oleh Dato Seri Najib ini bagi KS merupakan satu tindakan yang bersifat gentleman atau bertanggungjawab.

Beliau sebelum ini diasak begitu teruk oleh penyokong-penyokong UMNO dan BN, termasuk diasak oleh pemimpin-pemimpin muda Barisan Nasional agar melepaskan jawatannya sebagai pengerusi barisan nasional dan umno.

Maka sebentar tadi, beliau dengan rasmi melepaskan jawatannya dengan nada yang sayu namun beliau berkata akan terus menyokong barisan nasional dan umno.

Apa-apapun KS ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada YAB Dato Seri Najib atas segala apa yang telah beliau lakukan untuk Malaysia.

SEDIKIT LATAR BELAKANG NAJIB RAZAK



NAMA : Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

LAHIR : 23 Julai 1953

JAWATAN : Perdana Menteri ke-6

JAWATAN DALAM UMNO : Pengerusi Umno dari 28 Mac 2009 - 12 Mei 2018



Kaki Share

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a