Header Ads

Najib Razak "Menganjing" Ekonomi Pulih Dalam 2 Minggu



28 Mei: Beberapa hari lepas bekas Perdana Menteri ke-enam Malaysia telah memuat naik satu tweet yang mengatakan beliau hairan bagaiman ekonomi negara didakwa pulih dalam tempoh yang singkat selepas dikataka sebelum ini dalam keadaan krisis

"Saya hairan betapa cepatnya ekonomi negara bertukar dari kononnya dalam keadaan krisis dan gagal sebelum PRU14 kepada keadaan ekonomi yang kuat dan kukuh."katanya

Cuma dua minggu lebih sahaja ?



Beliau memuat naik kenyataan tersebut bagi mengulas satu artikel yang disiarkan semalam yang memetik Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebagai berkata bahawa Malaysia masih mempunyai asas ekonomi yang kukuh.



Kita perlu ingat bahawa asas ekonomi Malaysia masih kuat dan kukuh,” kata Lim ketika mengulas berhubung keadaan semasa ekonomi negara.

Sebelum PRU14, pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) sering mendakwa ekonomi negara dalam keadaan tenat dan sedang menuju bankrap.
FB: Triherb
Pengerusi HARAPAN yang juga merupakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu mendakwa hutang negara melebihi RM1 trilion.

Bagaimanapun, Lim pada Khamis lalu menjelaskan jumlah RM1 trilion itu termasuk RM199.1 bilion dalam jaminan kerajaan dan RM201.4 bilion dalam bayaran pajakan untuk kerjasama awam dan swasta.

Jumlah hutang sebenar adalah RM686.8 bilion atau 50.8 peratus keluaran dalam negara kasar yang dipetik Najib di bulan terakhirnya menjadi perdana menteri.

No comments

Powered by Blogger.
a