Header Ads

Nak Saman Saya ? Arul Kanda Bebas Melakukannya - Lim Guan Eng



25 Mei: Dalam satu kenyataan yang telah dibuat oleh Arul Kanda beliau ingin mendapatkan nasihat perundangan atas satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Guan Eng.

Arul menyatakan bahawa tidak adil seorang menteri kewangan mengeluarkan kenyataan awam yang telah memberi satu gambaran tidak tepat berkaitan dengan apa yang sedang berlaku.

Menurutnya tidak adil untuk menteri membuat kenyataan terbuka yang tidak sepenuhnya dan dengan tepat menggambarkan bagaimana soalan ditanya dan dijawab (dalam sesi taklimat 1MDB).



Keadaan dan konteks jawapan saya tidak dinyatakan sehingga memberikan gambaran salah dan memperlihatkan saya seperti orang jahat” katanya.

Dalam satu sidang media semalam selepas mendengar taklimat 1MDB, Guan Eng menyifatkan Arul sebagai tidak jujur dan tidak boleh dipercayai.

Tetapi Lim Guan Eng yang merupakan menteri kewangan mengatakan bahawa beliau sudah bersiap sedia untuk menerima saman Arul Kanda.

Katanya jika beliau ingin melakukan demikian dipersilakan kerana beliau bebas untuk melakukannya. Tetapi harus diperingatkan sekarang hanya dia seorang sahaja merupakan kakitangan 1MDB, tinggal dan 1MDB adalah miliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a