Header Ads

Nak "Temui Teman Lelaki", Penuntut Ditemui Mati Dibunuh



25 Mei: Seorang penuntut dipercayai mati dibunuh di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di sini, 10.30 malam tadi.

Pelajar Kolej Vokasional Port Dickson itu dipercayai ingin berjumpa dengan teman lelakinya. Kawannya berkata bahawa Nur Alya Damia Hairi keluar pada pukul 9 malam.

Namun dia berasa tidak sedap hati dan cuba menghubungi Alya namun tidak berjaya. Apabila dia menghubungi teman lelaki Nur Alya tetapi teman lelaki alya mengatakan bahawa mangsa tidak bertemu dengannya.

"Disebabkan itu saya bersama dua rakan sebilik yang lain bertindak mencari Zulaika dengan menunggang motosikal. Sebaik tiba di Taman PD Permata, kami ternampak anggota polis dan orang ramai berkumpul tepi jalan," katanya.

FB: Triherb

Sebelum itu mangsa ditemui terbaring oleh Izwan Mustaffa yang ketika itu sedang membuang sampah. Apabila dia menghubungi pihak polis, pihak yang datang dan mengesahkan remaja itu sudah meninggal dunia.

Pihak polis mengatakan bahawa mangsa mati dan terdapat kesan jerut pada leher mangsa dan remaja itu dipercayai dibunuh.

Sumber: BH

No comments

Powered by Blogger.
a