Header Ads

Neelofa Bukan Sahaja Setakat Pereka Tudung Je Tau, Neelofa Juga Hebat Dalam ... Jom Dapatkan Edisi Raya Neelofa



Tidak lama lagi hari raya akan menjelang tiba, jadi korang dah pikir belum pakaian yang korang nak bagi kat mak ayah korang, orang-orang yang korang sayang? Mesti korang tengah memikir-mikir untuk beli yang terbaik untuk yang tersayang kan?

Jadi! Korang kena rebut peluang jualan “Raya” OPPO untuk korang hadiahkan kepada orang yang tersayang. OPPO baru sahaja melancarkan “OPPO F7 dengan kotak Edisi Raya Neelofa”. Apa yang menariknya edisi raya ni?


Edisi raya ni korang akan dapat “box” atau kotak yang direka khas sendiri oleh Neelofa, tahu tak korang semua konsepnya adalah dari Neelofa. Memang cantik gila kotak ni kan? Kalau sebelum ni korang beli phone mesti box korang buang atau korang tak merasa tertarik untuk simpan kan? Tapi yang edisi ni mesti korang akan rasa sayang gila untuk buang kotak kali ni! 

JOM TENGOK VIDEO RASMI OPPO F7 EDISI KHAS RAYA OFFICIAL



Korang tahu tak dengan pembelian OPPO F7 ini korang akan dapat skarf yang didesain sendiri oleh Neelofa, bukan itu sahaja korang juga akan dapat freegift Bluetooth headphone, cover phone edisi raya, dan kad ucapan raya! 

Dalam telepon pulak korang akan dapat gambar neelofa yang cun melecun sedang selfie, wallpaper yang menarik dan dapat ringtone percuma.

Jadi kalau orang yang korang sayang tu perempuan bolehlah hadiahkan selendang untuk diaorang guna sebagai aksesori tambahan diaorang seperti nak ikat di beg, ikat dileher.


Pelancaran OPPO kali ini juga datang dengan satu edisi istimewa iaitu OPPO F7 Diamond Black Edition. Kelebihan edisi ini mempunyai reka bentuk yang premium. Korang nak tahu tak desain cover belakang F7 Diamond Black ini berbentuk potongan berlain yang boleh memantulkan cahaya.

Selain itu, OPPO F7 Diamond Black Edition ini dilengkapi dengan kamera depan 25MP, fuhh memang cantiklah gambar yang dihasilkan. Bukan itu sahaja, kamera depannya juga dilengkapi dengan A.I Beauty 2.0 yang mana membuatkan gambar korang akan nampak bersih dan cantik “gila”. A.1 ini juga dapat membuat pengecaman umur, jantina, tona kulit sebanyak 296 titik wajah dan ini akan membuatkan selfie dengan lebih semulajadi. Edisi ini juga lengkap dengan “Facial Unlock” kalau korang nak tahu.

Bagi korang yang suka selfie, yang suka download video, music dan sebagainya amatlah sesuai sebab Oppo F7 Diamond Black Edition ada memori dalaman (Internal Memory) 128GB dan ada slot microSD sehingga 256GB.


Bukan itu sahaja, apabila korang membuat pembelian OPPO F7 edisi raya ni sedikit daripada duit pembelian itu akan disumbangkan kepada anak-anak yatim. Jadi dapatlah membantu sedikit sebanyak anak-anak ini untuk memeriahkan lagi hari raya mereka. 

Jadi bagi korang yang berminat untuk dapatkan OPPO F7 x Neelofa Raya Edition ini korang boleh buat tempahan bermula 1st June (12PM). Harga bagi edisi raya ini sama seperti OPPO F7 iaitu RM1299 dan “giftbox” edisi raya ini pula bernilai RM399. Jadi bagi korang yang ingin membuat tempahan korang boleh pergi ke http://www.oppostore.com.my/products/f7neelofa/

No comments

Powered by Blogger.
a