Header Ads

Palsu ! Ini Bukan Najib atau Rosmah Punya tetapi .......



21 Mei: Nampak gambar yang biral menunjukkan barang-barang mewah seperti beg tangan, jam tangan dan sejumlah wang tunai yang kononnya dirampas dari rumah dan appartment bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib adalah rekaan semata-mata atau palsu.

Menurut satu laporan berdasarkan carian pantas menerusi Google Imej mendedahkan beberapa gambar yang viral itu adalah gambar stok.



Berikut adalah detail-detail gambar yang viral:

Gambar kotak yang mengandungi enam jam tangan rolex bersalut dengan emas itu adalah gambar daripada media sosial pinterest.

Manakala gambar bagasi yang dipenuhi susunan mata wang Amerika Syarikat (AS) pula adalah dari kes rompkan pada jun 2016 yang berlaku di Amerika Syarikat.

Manakala gambar yang paling banyak tersebar adalah 27 beg tangan Hermes Birkin pelbagai warna yang dibentangkan dengan kemas seperti di atas lantai ruang tamu.


Sebelum ini dikongsi di laman Facebook Sarawak Report yang mengatakan ia adalah gambar yang tidak disahkan kononnya adalah beg berjenama milik Datin Seri Rosmah Mansor yang dianggarkan bernilai RM20 juta.

Pada Sabtu, premis barangan mewah berpangkalan di Singapura, Shopfirstluxury menjelaskan bahawa gambar berkenaan diambil di bilik pameran mereka.

"Jika sesiapa menerima penyiaran ini (gambar tular), sila jangan menyebarkannya lagi menggunakan gambar ini," tulis Shopfirstluxury di Instagram.

Gambar koleksi beg tangan mahal menjadi tular sejak beberapa hari selepas hari mengundi pada masa yang sama apabila beberapa anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat laporan polis yang mendakwa mereka mempunyai maklumat mengenai dakwaan cubaan untuk memindahkan dan menyembunyikan sehingga 50 beg tangan Birkin yang didakwa milik Rosmah di kediaman mewah di Kuala Lumpur.

Polis melakukan pemeriksaan di enam lokasi yang dikaitkan dengan Najib, dalam siasatan mereka terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak 16 Mei.

Pada 18 Mei, polis merampas 284 kotak berisi beg tangan dan jam tangan berjenama, barang kemas dan wang tunai dalam pelbagai mata wang dari tiga kondominium di Pavilion Residences di Kuala Lumpur.





No comments

Powered by Blogger.
a