Header Ads

Pengemis Meninggal Sebagai Jutawan, Mempunyai RM4 Juta Dalam Akaun...



22 Mei: Siapa sangka seorang wanita yang bergantung hidup hanya menerusi sumbangan orang ramai mati sebagai seorang jutawan?

Wanita yang berasal dari Beirut Lebanon itu mengumpul RM4.3 Juta atau AS$ 1.1 juta. Perkara ini telah disahkan oleh Polis tempatan.



Fatima Othman,52 berjaya mengumpul duit tersebut ketika meminta sedekah di kawasan jalan raya sekitar bandar Beirut.

Jurucakap polis, Joseph Musallem menyatakan, Fatima meninggal dunia akibat serangan jantung dan tidak disiasat sebagai kes kematian akibat perbuatan jenayah.



Fatima cacat selepas cedera ketika Perang Saudara Lebanon yang menyebabkan tangan dan kakinya kudung, menurut akhbar tempatan. – Agensi

Sumber: Kosmo

FB: Triherb

No comments

Powered by Blogger.
a