Header Ads

Penting Bagi Pasangan Dah Berkahwin, 5 Tips Suami Isteri Elak Gaduh Bila Time Nak Balik Beraya.


Raya ni memang masa yang sangat mencabar bagi pasangan yang baru berkahwin. Yelah, tahun pertama korang sambut sebagai pasangan, dah tu time raya kene masak macam-macam pulak tu. Ish, boleh serabut jadinya! Semua benda serba tak kena.

Masuk je bulan Ramadhan, ada rakan-rakan Mek ila yang dah gundah gulana. Di kala ramai yang bergembira sebab tak lama lagi nak menyambut hari raya, ada pula yang bersedih memikirkan pengakhiran ramadhan iaitu entah di mana mereka akan beraya.

"Sedihlah ila, tiap-tiap tahun asyik nak balik rumah mak dia aja. Aku bukannya tak suka tapi sesekali aku teringin juga nak beraya dengan emak ayah aku pula. Bayangkan sepanjang 7 tahun kahwin, hanya sekali je aku dapat beraya kat rumah mak ayah aku. Itupun tahun pertama perkahwinan. Lepas tu jangan haraplah. Kalau balik pun dah nak masuk raya ke 3 atau 4. Sedangkan Melaka dengan Johor bukan jauh mana pun."

Sebenarnya ini kisah Ramadhan tahun lepas. Kawan ni datang mengadu sebab katanya dia tengok Mek ila tak pernah gaduh pun bab balik raya ni. (Hahaha, ada sebab tau kenapa Mek ila tak kisah langsung beraya di mana-mana).


Tips 1: Beraya Di Mana-Mana Pun Sama
Sebelum pembaca semua nak bergaduh tentang pulang beraya, sematkan tips ini di dalam hati masing-masing. Sebenarnya beraya di mana-mana pun sama asalkan dapat  bersama keluarga kecil kita. Keluarga kecil ini tentulah pasangan dan anak-anak kita. KENAPA Mek ila kata begitu?

Bayangkan tahun ini pasangan kita dihantar bertugas di luar negara seperti yang selalu terjadi kepada prajurit negara. Apa perasaan korang? Beraya tanpa pasangan di sisi. Nak makan ketupat pun pasti tak lalu kan? Atau anak-anak kita ada yang masuk hospital sebab sakit. Tentu kita juga tak lalu nak beraya ataupun nak pulang ke kampung.



Tips 2: Jangan Gaduh. Gunakan Psikologi.
Dah bertahun-tahun pasangan kita membuat keputusan sendiri. Baginya beraya di kampung dia sahaja yang penting. Jadi bukan mudah nak mengubah keadaan ini. Silap cara, boleh bergaduh dibuatnya. Jadi, cubalah pembaca semua tanyakan soalan-soalan berbentuk psikologi ini kepadanya. Janganlah tiru bulat-bulat, tapi ubahlah ikut kesesuaian dan kisah masing-masing.

"Siapa yang tak sayang mak ayah kan? Kalau awak sayang mak ayah awak sebab dah lahir dan besarkan awak. Saya juga begitu. Kalau awak beria dan berkeras nak balik ke kampung sebab sayangkan mak ayah awak, saya pun begitu. Kalau mak ayah awak sedih sebab kita tak balik beraya tahun ni cuba bayangkanperasaan mak dan ayah saya sebab dah bertahun kita tak balik beraya 1 syawal dengan mereka. Bezanya saya terpaksa mengalah sebab saya sayangkan keluarga saya dan tak nak kita berpisah kalau kita beraya berasingan nanti."



Tips 3: Kaitkan Dengan Anak-Anak.

'Bila anak-anak dah besar nanti dan dah berkahwin, mesti kita rasa sunyi kan. Lebih-lebih lagi kalau waktu raya. Mana tahu menantu kita tu asyik nak balik rumah mak dia je macam awak? Kesian kita nanti. Tiap tiap tahun beraya berdua je. Kalau saya pergi dulu, agaknya awak kena beraya sorang-sorang kan?"

Di dalam Islam, kewajipan mentaati ibu bapa kandung dan ibu bapa mertua adalah sama dan tiada bezanya. Maka jangan sesekali kita membezakan mereka. Seandainya keadaan mengizinkan, bergilir pulang ke kampung adalah perkara yang baik bagi menjaga keharmonian rumah tangga. Namun begitu, bergilir juga bukanlah satu kewajipan. Jika ada perkara-perkara yang tidak mengizinkan seperti ibu bapa kita/pasangan lebih memerlukan kehadiran kita, maka utamakanlah mana yang lebih utama.

Tidak rugi mengalah dan beralah kerana suatu masa nanti perkara yang sama juga akan berlaku pada kita. Kita juga akan tua dan berada di tempat ibu bapa/ ibu bapa mertua kita. Malah anak-anak juga pastinya mengikuti dan mengamalkan nilai-nilai mulia yang telah kita ajar dan sematkan di jiwa mereka sejak mereka kecil lagi.


Sumber : Internet.
FACEBOOK triherbs

No comments

Powered by Blogger.
a