Header Ads

Polis Rampas 72 Bagasi Berisi Wang Dan Barang Kemas, dan 284 Kotak Beg Mewah



18 Mei: Dalam satu operasi pencarian di kondominium mewah milik bekas pemimpin negara lewat malam tadi sebanyak 284 kotak, 72 bagasi mengandungi wang tunai, beg berjenama dan barangan bernilai termasuk jam tangan dirampas.

Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan perkara tersebut dalam satu sidang media yang berlangsung di perkarangan kondominium mewah tersebut selepas operasi pencarian tamat jam 2.15 pagi tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman itu, anggaran jumlah wang barang kemas, jam tangan yang dirampas tidak dapat mereka pastikan lagi buat ketika itu.

Tambahnya lagi, bagasi yang dirampas juga mengandungi mata wang asing dalam pelbagai denominasi. Namun, jumlah mata wang asing itu tidak dapat didedahkan kerana perincian berhubung dengan nilai mata wang yang dirampas itu hanya akan dilakukan pada hari yang berlainan.

Beliau juga berkata bahawa ini merupakan pemeriksaan bukannya serbuan. Ia turut dilakukan di enam tempat berlainan secara serentak.

Antara lokasi-lokasi terbabit termasuk di Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi bekas Perdana Menteri dan empat buah kediaman miliknya.

Sumber - Awani
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a