Header Ads

Rumah Musa Aman Diserbu SPRM Pula Kali Ni

Gambar sekadar hiasan


25 Mei: Pada hari ini beberapa anggota Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu rumah Tan Sri Musa Aman. 

Mereka juga telah merampas beberapa fail, menurut laporan The Star Online. 

Memetik sumber SPRM, laporan itu berkata satu pasukan penyiasat telah pergi ke rumahnya di Luyang di Kota Kinabalu petang Rabu berhubung siasatan kes rasuah.

Bagaimanapun, Musa serta ahli keluarganya tiada ketika serbuan dibuat.
Laporan tersebut berkata, SPRM enggan mengulas jika kes tersebut melibatkan RM20 juta yang didakwa diguna untuk menambah sokongan Barisan Nasional bagi membentuk kerajaan negeri Sabah selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 diumumkan pada 9 Mei lalu.


FB: Triherb

No comments

Powered by Blogger.
a