Header Ads

'Saya Tepuk Dahi,Dia Orang Bukannya Doktor' - Pengarah 'Mona Lisa' Akui Cuai Gara X-Ray Boleh Hilang Ingatan?


Pengarah drama Mona Lisa iaitu Shahrul Ezad memohon maaf dan mengakui berlaku kecuaian dalam pembikinan drama tersebut sehingga terdapat babak hospital yang dipertikaikan penonton.

"Ini adalah kesilapan yang tak sepatutnya berlaku. Bila saya rujuk kepada pengarah bersama Uchee Fukada, dia mengaku akan kecuaian.

"Bila tanya dia ada refer mana-mana nasihat tak sebelum shoot? Dia jawab dia ada rujuk kepada penulis skrip. Sekali lagi saya tepuk dahi sebab yang kau tanya penulis skrip itu buat apa? Dia orang bukannya doktor.





"Diorang sendiri pun kadang-kadang tak faham apa yang diorang tulis. Main bantai translate daripada episod asal dari Korea," ujarnya.Shahrul Ezad mengulas tentang drama arahannya Mona Lisa yang dikecam apabila terdapat kesilapan fakta.

Bagaimanapun, Shahrul Ezad berkata, dia mendapat pengajaran berharga iaitu tidak boleh mengambil mudah dengan perkara tersebut.

"Lain kali jangan ambik mudah benda-benda macam ini teruma di zaman viral ni.Kepada penonton saya mewakili seluruh team mohon ampun dan maaf sekiranya dikatakan ambil mudah soal ini," ujarnya.




Sumber : Mstar Online.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a