Header Ads

Selipar 20 Tahun Lepas dipakai Tun M, Netizen Minta Bata keluarkan semula



18 Mei: Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi tumpuan masyarakat setelah beliau kembali semula di dalam dunia politik.

Semua perkara yang dilakukannya akan mendapat perhatian dan menjadi sebutan mulut ke mulut pelbagai pihak termasuk menjadi topik di media sosial.

Terkini, selipar yang dipakai Dr mahathir ketika sedang duduk dengan hanya berkaki ayam ketika menghadiri majlis makan malam, viral di kalangan netizen di media sosial.


Bata tidak melepaskan peluang untuk membuat marketing. Bata kemudian membuat naik gambar sepasang selipar di halaman rasmi facebooknya menjelaskan bahawa produk tersebut merupakan aksesori terhangat dijual di pasaran bagi Ramadan tahun ini.

Bata juga diasak dengan pelbagai soalan, dan bata menjawabnya di ruangan komen.

Netizen memberi cadangan kepada bata agar mengeluarkan selipar tersebut dalam pelbagai saiz untuk lapisan masyarakat. Selain mendapatkan tanda tangan pemimpin no 1 Malaysia itu.

Model produk tersebut kini dijual pada harga RM11.99 di semua butik Bata di seluruh negara atau laman web Bata.

Antara persoalan yang ditanya oleh netizen adalah seperti berikut...




No comments

Powered by Blogger.
a