Header Ads

'Sepanjang Ramadan Baru Sekali Kami Dapat Berbuka Puasa Bersama' - Luah Fattah Amin


Ramadan kali ini pelakon Fattah Amin pertama kalinya menyambut bulan ramadan dengan status sebagai suami.Dia juga dedahkan bahawa dapat berbuka puasa dengan isteri.

Namun,Fattah juga menjelaskan bahawa Ramadan membataskan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama dengan isterinya.

"Apabila bergelar suami memang rasa bersyukur kerana waktu sahur ada teman, isteri masakkan.Tetapi jujur saya beritahu, sepanjang Ramadan baru sekali kami dapat berbuka puasa bersama dan itu pun bersama keluarga.

"Sepanjang Ramadan memang kami terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen dan apabila ada peluang bertemu memang akan gunakan masa sebaik mungkin," katanya.


Bagaimanapun,Fattah juga menjelaskan kaitan persiapan hari raya.Menurutnya akan dilakukan secara sederhana.

"Mungkin sebelum raya saya akan balik ke Pekan dahulu dan kemudian ke Bagan Datuk.

"Saya jenis tak kisah pun tak balik kampung saya dahulu, mana-mana pun okay, janji kita balik ke kampung kedua-dua belah pihak," katanya.


Sumber : mStar Online.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a