Header Ads

Siasat 1MDB, Satu Pasukan Khas Ditubuhkan, Bekas dan Ketua Agensi Mengetuai Pasukan Siasatan



21 Mei: Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada hari ini telah mengumumkan bahawa satu penubuhan pasukan khas untuk menyiasat secara terperinci kes 1MDB.

Pasukan ini akan diketuai bersama beberapa tokoh berprofil tinggi. Ia juga akan dianggotai oleh wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasual Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM).



PMO juga mengumumkan bahawa pasuka ini diketuai bersama oleh Tan Sri Abdul Gani Patail (bekas Peguam Negara), Tan Sri Abu Kassim Mohamed (Bekas ketua SPRM), Dato Seri Mohd Sukri Abdull (Ketua SPRM) dan Datuk Ahdul Hamid Bado (bekas pegawai cawangan khas bukit aman).

Pasukan ini juga mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri bagi menjalankan satu siasatan terperinci berkaitan dengan kes 1MDB.

Ia juga bagi pengesan dan membuat rampasa aset serta melakukan pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

Facebook: Triherb


Semasa Barisan Nasional mentadbir negara, beberapa orang pegawai kanan "bersama" atau ditukarkan ke jabatan lain.

Contohnya ialah Abdul Gani yang ditamatkan perkhidmatannya tiba-tiba dengan alasan kesihatan, serta Abu Kassim dan Mohd Shukri.

Abdul Hamid ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri daripada Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman.

Selain itu juga pasukan khas ini bertanggungjawab sepenuhnya bagi mendapatkan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Kanada dan lain-lain negara.


No comments

Powered by Blogger.
a