Header Ads

Steady Keluarga Sultan Johor, Pergi dan Balik Diambil Dengan Penuh Hormat



23 Mei: Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijemput menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Didalam pertemuan ini, Ketua Umum Pakatan Harapan ditemani anaknya Yang Berhormat Nurul Izzah. Manakala berangkat sama didalam majlis tersebut adalah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.

Menurut laporan media, pertemuan diantara mereka adalah untuk membincangkan pelbagai perkara dan ianya berlangsung selama beberapa jam.

Anwar Ibrahim dikatakan dijemput menaiki Jet Peribadi Sultan Johor. Dan ada juga yang mengatakan apabila pulang dari istana mereka berdua (Anwar dan Izzah) dihantar sendiri oleh Tunku Ismail.

Gambar pertemuan mereka dimuat naik di dalam laman sosial Sultan Ibrahim.



Anwar Ibrahim juga telah memuat naik kenyataan mengenai undangan pertemuan tersebut di dalam laman sosialnya.


Alhamdulillah, dengan penuh takzim saya memanjatkan rasa syukur dan penuh berterima kasih atas kesudian Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang berkenan mengundang saya dan Nurul Izzah untuk mengadap baginda bersama-sama Tengku Mahkota Johor malam semalam.

Usai kemenangan Pakatan Harapan (PH) khususnya di negeri Johor 9 Mei yang lalu, umum mengetahui bahawa kemenangan ini pastinya dilapisi dengan hasrat dan harapan rakyat di Johor yang inginkan nasib mereka terbela dek tekanan serta kesenjangan ekonomi yang melampau.

Mendasari hasrat ini, maka Baginda Tuanku ingin memastikan agar penumpuan diberikan kepada pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.
FB: Triherb

Bersandar kepada pengalaman, Baginda Tuanku lebih menumpukan hal ehwal pengalaman PH sebagai sebuah kerajaan baharu yang mentadbir.

Dalam kesempatan yang sama, saya diberi perkenan untuk menjelaskan dasar PH mentadbir yang berteras kerangka hukum dan Perlembagaan Persekutuan dalam menindaklanjuti perkembangan-perkembangan mutakhir negara.

Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir telah mula bertindak pantas dengan memperkenalkan dasar-dasar yang sesuai dengan mandat yang diamanahkan rakyat.

Kami menyambut baik keprihatian Ke bawah Duli Tuanku Sultan Johor serta Tengku Mahkota Johor dalam menganggapi permasalahan rakyat serta kecaknaan perihal Malaysia seluruhnya.

InshaAllah dengan sokongan dan dukungan segenap lapisan rakyat termasuklah Ke bawah Duli Tuanku, Johor khususnya serta Malaysia amnya akan kembali dipacu dalam landasan yang betul, mengarah ke terbinanya sebuah negara bangsa yang beriltizam dan bermaruah.

ANWAR IBRAHIM







Sumber: Bharian

No comments

Powered by Blogger.
a