Header Ads

Style Mat Sabu Akan Dikekalkan - Mohamad Sabu



22 Mei: Pada hari ini, Mohamad Sabu memulakan hari pertamanya bekerja sebagai Menteri Pertahanan. Dan beliau menyatakan bahawa beliau sedikit gementar dengan kehidupan barunya sekarang.

Netizen mengenali Mat Sabu sebagai seorang yang berpewatakan bersahaja. 

Beliau berkata sedang menyesuaikan diri dengan hal baru ini namun menegaskan beliau tidak akan mengubah "Gaya" sebelum ini yang sudah sebati dengan dirinya.

Apabila ditanya oleh wartawan bagaimana kehidupan barunya. Mat Sabu dengan bersahaja mengatakan

"Tentulah gementar, saya selalu hidup bersama rakyat, tetapi sekarang perlu ikut undang-undang dan protokol. ini sesuatu yang baru (menjadi menteri).

"Tetapi saya tidak mahu ubah style Mat Sabu" katanya.

Beliau juga turut menambah bahawa selepas ini beliau hendaklah menapis setiap percakapannya, seterusnya mengkaji siapa kawan dan lawan dalam dan luar negara.

Selain itu juga, beliau juga hendaklah berhati-hati ketika berhujah dan setiap hujahnya hendaklah mempunyai fakta yang tepat.

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a