Header Ads

4 Perkara Ini Boleh Elak Lelaki Tengok Bola Piala Dunia Di Kedai Mamak.


Sedang dilanda demam piala dunia? Kalau ya, kita satu geng! Bukan selalu pun layan piala dunia ni. 4 kali setahun je boleh tengok. Bila lagi nak landing depan TV lama-lama kan.

Sebelum bersiap sedia nak bertapa menonton perlawanan bola sepak ni pastikan segala kerja yang ada di selesaikan bagi mengelakkan gangguan semasa tengok bola nanti. Kalau ada bini yang suruh gi kedai beli barang dapur tu, seeloknya pergi beli siap-siap. Kalau lampin anak-anak habis pun sila sediakan stok sehingga habis world cup. Baru lah tenang sikit nak layan bola.

Jadi jom tengok 5 perkara yang korang boleh buat supaya boleh menonton piala dunia nanti tanpa sebarang gangguan.

1- Pastikan ‘kerja-kerja rumah’ sudah di selesaikan.


Yang ni baik bujang ataupun yang sudah berkahwin,pastikan segala mak nenek kerja rumah telah disiapkan sebelum bertapa depan Tv. Contohnya nak basuh baju ke,nak basuh pinggan mangkuk ke,nak bagi anak kucing makan ke. Siapkan lebih awal supaya ‘waktu emas’ korang tidak terganggu.

2- Pastikan anak-anak cukup makan!.


Bagi yang sudah bergelar ayah, pastikan anak-anak korang sudah siap diberi makan dan dimandikan. Kalau tidak alamatnya, TV tu yang isteri korang hidangkan untuk makan malam. Haha. Pastikan jangan ada drama sinetron mengganggu waktu piala dunia berlangsung ye.

3- Sediakan kudapan siap-siap.


Sambil tonton piala dunia, tak syok kalau ternganga je kan? So sediakan makanan atau kudap-kudapan siap-siap sebelum menonton. Kuih raya ada lagi kan? Jadi eloklah hidangkan depan Tv tu. Tapi jangan habiskan,tinggal sikit untuk tetamu ya.

4- Pergi toilet sebelum menonton.


Tengah syok nak tunggu Messi sepak penalty, tetiba pulak jiran bawah ketuk pintu. Katanya nak keluar membuang. Ish potong stim betul kan? Haha. Jadi sila pastikan korang buang air kecil dan besar siap-siap. Kalau tak,mesti terlepas part-part menarik piala dunia nanti.

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a