Header Ads

6 Juadah Berbuka Yang Korang Takkan 'Miss' Borong Di Bazar Ramadhan.


Bazar-bazar Ramadhan merupakan destinasi popular pencinta makanan, sama ada mereka yang mencari sesuatu yang mudah dimakan atau sesuatu yang lain daripada yang lain. Biasalah melihat orang ramai berduyun-duyun dan berpeluh-peluh mencari makanan yang lazat. Dari juadah klasik ke hidangan serba baharu, pastinya ada sesuatu untuk semua! Ini antara makanan wajib di mana-mana bazar Ramadhan:

1. Kepak Ayam BBQ

Tiada yang lebih meliurkan selain deretan kepak ayam yang berdesir di atas pemanggang yang merah panas, dengan jus ayam yang menitis di atas batu arang sambil mengeluarkan haruman yang cukup menggiurkan. Keringkasan makanan ini membuka peluang kepada tukang masak untuk menyediakannya dengan pelbagai cara kreatif untuk menarik pelanggan. Tak hairanlah kepak-kepak ini berterbangan masuk ke dalam bakul-bakul pelawat-pelawat bazar Ramadhan!

2.Murtabak


Pengaruh Timur Tengah telah membanjiri Malaysia dengan bermacam-macam juadah yang enak. Antaranya ialah murtabak, lempeng yang biasanya disediakan dengan daging atau ayam cincang, dimasak dengan telur, bawang putih, dan bawang. Lempeng ini dilipat dan digoreng di atas kuali rata sehingga perang keemasan. Harumannya yang sungguh tak terkata pasti menggamit pelanggan-pelanggan yang lapar ke gerai anda.

3. Ayam Percik


Siapa yang tak tahu ayam percik? Ayam yang biasa dijadikan berkali-kali lebih istimewa dengan perapan percik. Apa rahsianya? Ayam diperap semalaman dengan santan, serbuk kunyit, serai, herba-herba, dan rempah ratus, sebelum dicucuk dan dipanggang di atas arang yang merah panas. Proses penyediaannya mungkin agak leceh, tetapi hasilnya cukup lumayan. Lihat saja para pelanggan anda beratur, mata terbeliak, mulut terliur. Kemudian nantikan mereka yang sama kembali pada hari-hari seterusnya untuk melepaskan geram bagi berbuka puasa.

4. Tepung Pelita


Kuih ni antara kuih tradisional pilihan orang ramai untuk beli bila di bazaar. Kuih ni merupakan pencuci mulut lepas korang dah melantak nasi, ayam golek, murtabak semua.Kalau nak lagi sedap, korang letak kuih ni kat dalam peti ais dalam 10 minit, lepas tu makan.. Padu beb!

5. Bubur Lambuk


Bubur lambuk juga makanan yang popular di bazaar ramadhan. Aroma yang menyelerakan, senang dihadam dan sedap! Selalunya bubur lambuk boleh didapati di kebanyakan masjid secara percuma.

6. Air Soya


Dalam banyak-banyak air pelik yang jual kat bazaar ramadhan tu, kami pasti air soya juga akan jadi pilihan nombor satu korang. Kalau nak lagi manis, beli lah soya cincau. Selain dari air soya, air tebu juga jadi pilihan orang ramai. Hmm.. Sedap!

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a