Header Ads

8 Tips Keselamatan Yang Perlu Ambil Tahu Sebelum Balik Kampung.


Tinggal berapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Memang tak sabar sangat. Lagi besat boleh bercuti panjang.

Tapii, sebelum balik kampung dan bercuti, pastikan keselamatan dititik berat supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Semak 8 tips keselamatan ini sebelum pulang ke kampung.

1. PASTIKAN RUMAH BERKUNCI.

Periksa kunci di pintu rumah, Pintu bilik dan pintu pagar rumah anda. Ambil inisiatif untuk pastikan semua kunci masih berfungsi dengan baik. Jika ada pengawal keselamatan sekali pun anda tidak boleh leka dan terlalu bergantung kepada mereka. Jika anda memasang alat keselamatan seperti siren dan kamera litar tertutup, Patikan ia mempunyai bekalan kuasa yang cukup untuk berfungsi.

2. TUTUP PUNCA KUASA ELEKTRIK.

Pastikan sebelum balik kampung kita sudahpun memeriksa semua plug dan pastikan cabut plug dari soketnya. Ambil langkah berjaga-jaga kerana malang selalunya tidak berbau.

3. BUKAK KEPALA TONG GAS.

Sebelum bercuti panjang, seeloknya buka kepala tong gas. Hal ini dapat mengelakkan dari berlakunya kebakaran yang tidak diingini. Paling penting, jangan biarkan injap gas terbuka. Jangan lupa yer!

4. KOSONGKAN AIR KOLAH.

Kita tak mahu nyamuk ‘berpesta’ di dalam kolah yang berisi air dengan bertelur. Jadi kosongkan air kolah supaya kita tidak menjadi sebab tempat pembiakan nyamuk aedes.

5. BUKA LAMPU DALAM RUMAH.

Perkara ini sangat membantu. Sekiranya ada automatik suis, pastikan set untuk membuka lampu pada waktu malam. Sekiranya rumah berlampu, pasti orang akan mengagak yang ada orang di dalam rumah.

6. SIMPAN BARANG BERHARGA DI TEMPAT YANG SELAMAT.

Pastikan anda simpan barangan berharga di tempat selamat. Kalau tak ada, boleh la bawa sekali balik kampung. Bukan apa, mana tahu pencuri buat onar pecah masuk rumah.

7. MAKLUMKAN KEPADA JIRAN.

Sekiranya jiran tidak balik kampung, seeloknya memaklumkan kepada mereka. Mungkin jiran kita dapat menjenguk rumah kita sepanjang ketiadaan kita.

8. BERSIHKAN RUMAH DARI SAMPAH.

Sebelum balik kampung musim raya,Buang sampah sarap yang boleh mengeluarkan bau busuk. Jika tidak banyak serangga seperti semut dan lalat yang datang bertandang ke rumah anda.

FACEBOOK KIM SKIN



No comments

Powered by Blogger.
a