Header Ads

Cara Sediakan Ayam Masak Merah Untuk Berbuka



Hari ini KS nak kongsikan kepada korang bagaimana untuk sediakan ayam masak merah untuk juadah berbuka. So korang hanya memerlukan 30 minit sahaja untuk melengkapkan resepi ini.

Jadi bahan yang diperlukan adalah:

1/2 ekor ayam

sedikit garam kunyit

## Bahan-bahan kisar ##

4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato

## Bahan Hias ##

1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya


Cara menyediakan dan memasak:


  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.
Inilah cara untuk menyediakan ayam masak merah dalam masa yang sekejap :) Jom kongsikan resepi kepada kawan-kawan. - Myresepi

No comments

Powered by Blogger.
a