Header Ads

Cetuskan Fenomena!! Ini Dia 5 Benda Yang Menarik Dalam Drama Nur.


Kini hangat ditayangkan di slot samarinda TV3,drama Nur yang mencetuskan fenomenanya tersendiri! Drama yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin menampilkan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli sebagai pelakon utama.

Kita selidik apa yang menarik mengenai darama Nur dan pelakon-pelakonnya.




1. Trending di media sosial

drama Nur begitu popular sehingga trending no 1 di media sosial! Sehingga kini, Nur telah mencatat 9 juta penonton dan 1.9 juta tontonan digital


Sebelum ini pelakon yang memegang watak sebagai Aishah ini pernah mengambil keputusan untuk berhenti berlakon pada 2016. Kemunculan semula Noorkhiriah buat watak didalam cerita ini benar-benar menjadi.Selalunya dilihat dikaca Tv Noorkhiriah pasti akan memegang watak kelakar tetapi di dalam drama ni membuatkan anda terasa panas hati bila melihatnya.

3. Watak Ustaz Hamidi Dikecam.


Watak Uztaz Hamidi yang dilakonkan oleh Azhan Rani sememangnya layak diberi pujian.Kontroversi tercetus apabila ada segelintir netizen menganggap penulis skrip drama itu sengaja menjatuhkan maruah golongan ustaz.Watak yang dipegang oleh Azhan Rani seorang ustaz yang dianggap ‘munafik’ kerana bertopengkan sebagai orang yang bijak pandai dalam bidang agama sebaliknya dia melanggan pelacur dan melanggar perintah agama.

4. Penonton Terlalu Emosi


Drama Nur juga membuatkan penonton yang melihat beremosi! Hampir setiap episod penonton pasti kecoh memperkatakannya.Harap penonton tidak terbawa kebencian sesuatu watak sampai di luar set.Hanyalah lakonan semta-mata sahaja ingat tu.

5. OST Nur Nyanyian Lagu Tema dari 3 Bintang Akademi Fantasia.

Pada permulaan drama Nur pasti ramai yang tertanya siapakah penyanyi-penyanyi yang menyanyikan lagu tema Nur tersebut.Yang pasti jalan cerita yang menarik pasti lagu memain peranan bagi penonton.Nyanyian Kaer Azami dan Amylea menerusi lagu tak pernah hilang.Pada pertengahan drama pula anda akan mendengar kelunakan suara Idayu mendendangkan lagunya, Ganti Diriku. 

-www.kakishare.tv
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a